Saturday, January 29, 2011

Pedoman

HARTA KEKAYAAN 
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Kelak bumi akan memuntahkan jantung hatinya berupa tiang-tiang emas dan perak. 
Maka datanglah seorang pembunuh seraya berkata: ”Kerana inilah aku jadi pembunuh. 

Kemudian datang pula si perompak, lalu berkata: ”Kerana inilah aku putuskan hubungan silaturrahim. 

Kemudian datang pula si pencuri seraya berkata: ”Kerana inilah tanganku dipotong”.

Sesudah itu mereka tinggalkan sahaja harta kekayaan itu, tiada mereka mengambilnya sedikitpun.”

(H.R. Muslim)



HURAIAN
Lazimnya manusia mencari kekayaan dan harta benda. Malah kadangkala kerana gila mengejar harta dunia, manusia terpengaruhi oleh hawa nafsu dan bisikan syaitan sehingga ada yang sanggup berbunuh-bunuhan, merompak dan memutuskan silaturrahim. Dunia dicipta untuk menguji manusia siapakah yang paling bertakwa. Sesungguhnya harta dunia tidak akan membawa membawa apa-apa erti jika ia tidak dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah. 

Hakikat harta diterangkan Rasulullah s.a.w seperti sabdanya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: 

"Seorang hamba (manusia) berkata, 'Hartaku, hartaku!' Padahal hartanya itu sesungguhnya ada 3 jenis: 

(1) Apa yang dimakannya lalu habis. 
(2) Apa yang dipakainya lalu lusuh. 
(3) Apa yang disedekahnya lalu tersimpan untuk akhirat. 

Selain yang 3 itu, semuanya akan lenyap atau ditinggalkan kepada orang lain". 

(H.R. Muslim)

Thursday, January 27, 2011

Indahnya Cinta

mencintai bukan hak untuk memberi..
berkasih sayang bukan khas untuk mengizinkan..
dan keihklasan bukannya hiasan semata2 kerana itu tunjang perhubungan..
bukan meminta untuk dibuktikan dengan memberi dan menunaikan permintaan..
tapi, semua kerana Allah..

Wednesday, January 26, 2011

Mukadimah Awam

Indahnya kata-kata harus dihargai,
Ikhlasnya luahan harus dijadikan teladan,
Manisnya senyuman menjadi panduan,
Itulah perhubungan dunia yang indah..

Tuesday, January 25, 2011

Ragam Manusia

Ali : Dol pa khabar???
Dol : Baik
Ali : Datang dari mana tadi???
Dol : Aik???
Ali : Apsal plak nak aik?? kan aku tnya ni?
Dol : Ades
Ali : Ko napa ni Dol??
Dol : Sepatutnya aku yang tnya ko..ko yang datang rumah aku tnpa aku jemput..dah 2 ko buat cam rumah ko sendiri..pas 2 tnya aku datang dari mana..aku dari td kt rumah je..
Ali : Hehehehe..saja2 je..aku blah dulu k Dol...

Monday, January 24, 2011

Mukadimah Awam

Baca, bukan tengok..
Membaca untuk mengetahui dengan lanjut..
Menengok adalah untuk memori yang singkat dan mudah dibuang..