Sunday, June 24, 2012

Dugaan Ku
   
     Seminggu sudah aku keluar dari hospital. Dah sihat sikit mak aku sama juga seperti mak org lain. Mesti berhari2 berleter (sebenarnya menasihati, kita terasa sbb kita buat salah). Esok start keja balik, bos beri aku cuti seminggu lagi selepas aku keluar dari hospital. Pagi2 lagi aku dah terbiasa, bangun tidur mesti check handphone. Alahai, memang handphone aku kosong je, x da sebarang sms atau misscall. Aku keluar dari bilik nak mandi, subuh tadi sejuk sangat nak mandi. Aku terlelap pas solat subuh tadi. Biasa lah hujung minggu memang liat. Tiba2 handphone aku berbunyi, isyarat sms. Aku patah balik lekas2 ambik, rupanya pemberitahuan 'kredit anda telah tamat tempoh hari ini, sila tambah nilai untuk terus menggunakan perkhidmatan kami.
     
     Susah nak lupakan benda yang kita sayang, lagi2 seorang insan yang kita benar2 ikhlas dan menghargai dia. Namun itulah dinamakan tiada jodoh. Aku tengok kat dapur mak tak da pun, mungkin dia jemur pakaian la tu. Biasa mak dah bangun subuh untuk kemas2 dan sedia barang untuk buat kuih dan goreng mee. Mak buat nasi lemak sebelah malam, sbb kalau buat pagi nasi panas dan cepat basi. Memang tak da selera untuk makan, aku duduk termenung menghadap meja makan.
  
      'Am kalau kita kawin nanti Am nak berapa orang anak??'
      'Kalau kita kawin??'
      'Ye la, kita kawin, kan Am dah janji Am akan jadi peneman untuk Lia hingga akhir hayat'
      'Yeke, hehehe, x ingat pun'
      'Ala Am ni, x pa la malas nak cakap lagi, merajuk ni.'
      'Hahahaha, org gurau je sayang oi, ok kalau kita kawin eerrmmmm nak 2 orang je kot.'
      'Kalau kembar best kan Am?hehehe.'
      'Kembar, nanti pening kepala, macam anak kakak sy tu. Kembar la juga, mesti nak beli benda yang sama, kalau x seorang mesti merajuk. hehehe..'
      
      'Am, x baik termenung depan rezeki'
       'Eh, mak. Bukan termenung, cuma nak pilih mana satu nak makan ni.' terkejut aku, mak tiba2 sapa. Aku sering teringat apabila aku bercakap dengan Lia melalu handphone atau sms, mesti dia suka bab kawin. Tapi kenapa kini dia pilih orang lain, bukan aku. Bukankah kami sama2 berjanji supaya tiada yang lain dalam hidup kami. Semakin dekat masa untuk aku pergi merisik Lia, semakin banyak perangai dia berubah, semakin terasa dia menjauhi dari aku. Sedihnya, apakan daya tiada jodoh. Nak berdendam tu tak baik pulak. Biar lah, semestinya Allah akan sediakan jodoh terbaik untuk aku. 

      Lepas makan aku ke ruang tamu. Tempat aku selalu berborak melalui telepon dengan Lia. Aku nak tengok tv la. Kot ada cerita best. Channel 611 katun la aku minat. Paling best One piece. X da cerita best, memang boring jadi orang single. Kalau dulu boring je mesti call atau sms. Karang semua dah sunyi. Mungkin dia dah bahagia sekarang. Melalui senyuman dia memandang suami dia di hari persandingan mereka cukup menggambarkan betapa dia bahagia dengan suaminya itu. Tapi aku, berendam dengan air mata. Semakin aku hendak melupakan semakin banyak kenangan aku dengan Lia. Teringat pertama kali kami berkenalan, melalui kerja2 di U dahulu. Dia selalu bertanya dan menolong aku. Dan aku juga senang menolong dia. Kami terus rapat dan mula tertarik antara satu sama lain. Hingga semester akhir baru kami meluahkan perasaan masing. Memang gembira tak terkata waktu itu. Tapi selepas hari konvo, kami jarang berjumpa kerana tempat kami jauh. Tapi kami selalu berhubungan melalui handphone tak kira call atau sms. Kalau dikenang kembali memang bahagia. Tapi untuk aku, kebahagiaan dah musnah. Untuk Lia mungkin dia berjaya, dan kegembiraan sentiasa dengan dia. Mungkin dia dah lupa tentang aku.
  

    AMMM!!mak memanggil aku dari dapur, aku tersedar dari lamunan kesedihan aku.
    'Ye mak?'
    'Hantar mak ke rumah kakak awk kejap, mana la ayah awk ni pergi. kata ke pasar kejap, tapi sampai sekarang tak balik.'
     'Biasa la ayah tu mak, jumpa kawan2 dia mesti berjam2 berborak'
     'Jom kita pergi, nanti tak sempat ke sekolah'
     'Jom'.. 
(bersambung lagi :) )