Saturday, December 10, 2011

"KELUAR 1"

  Apalah nasib badan. Entahlah, bak kata orang yang telah terjadi biarkan terjadi. Sekarang aku berdiri sebagai diri aku sendiri. Bukan sapa2, dan tiada apa yang boleh mengubah diri aku selain aku. Hari demi hari aku lalui dengan banyak perbezaan dari sebelumnya. Sempit, perit, payah dan sukar untuk aku menerima. Sering juga terfikir, apa yang bakal terjadi dihadapan aku kelak. Menemui ajal? Menemui jodoh? Atau menemui Hikmah sebalik situasi aku lalui hari ini.
   "Oi brader, jauh termenung?" sapa Shah menegejutkan aku.
   "Ni mesti teringat dengan awek baru kan kan?" Amir menyakat.
   "Aku tunggu disini dari semalam dah, korang baru sampai, nasib baik aku x tido. Ni pun nak terlelap. Ape punya kawan" aku mmg termenung. Banyak perkara yang aku pikirkan sejak 2 menjak ini. Entah la. Mungkin silap atas diri aku juga.
    "Tadi kami tengah cari buku Tan, aku x nak la perubahan aku ni akan jadi sia-sia. Betul kata Tok Imam semalam. Berubah bukan tempat utk menunjuk kita baik, tapi berubah utk berdakwah kepada kwn-kwn kita supaya kita berubah" panjang ulasan Amir. Aku tersenyum bangun dari pondok.
     "Jom, pegi surau dulu, dekat nak Asar dah ni",Puad mula bersuara yang tadinya tersenyum dan gelak je melihat Amir dan Shah mengejutkan aku.
     "Jom la", rngkas jawab ku. Shah dan Amir pun menyusul sambil membelek2 buku yang baru dibeli mereka tadi.
      Tepat waktu disurau, azan baru dilaungkan. Kami bergegas mengambil whuduk.
      "Khusyuk dalam mengambil whuduk, dpt membawa kekhusyukan dalam solat. Whuduk yang tidak sempurna boleh mencacatkan solat. Whuduk penting dan mesti dijaga. Kesempurnaan whuduk menjamin solat yang sah". Kata2 Tok Imam sentiasa terngiang2 di telingaku. Setiap anggota wajib aku sapu dan alirkan air sehingga membasahi seluruh anggota.
      Selesai solat asar, bersalaman, kami duduk sebentar sambil menunggu Tok Imam berbincang dengan seorang ustaz Ikram. Tok Imam ingin menyatakan sesuatu kepada kami. Sekali aku termenung, sesuatu menyerang fikiran aku. Seperti sesuatu yang masih belum aku uruskan atau ada seseorang yang mendendami aku.
      "Anak-anak, lama tunggu?". Suara Tok Imam memecahkan suasana.
      " Tak juga Tok", jawab kami serentak
      " Macam ni, kami berbincang untuk 'KELUAR' utk tempoh 3 hari",
       3 hari??aku tertanya dalam hari aku, Tok Imam hendak kemana? Aku tengok Amir, dia mengangkat bahu, kawan2 yang lain pun seperti kehairanan.
      "Mesti  korang terpinga2 tentang perkataan 'KELUAR' kan?, KELUAR bermaksud kita pergi berdakwah. Kita digalakkan berdakwah sekurang-kurangnya 3 hari. Kalau x dpt pun sekurangnya 1 hari juga memadai"
       "Ooooo, macam mana 2 tok", Shah cuba mendapat kepastian.
      " Macam ni, kita keluar seeloknya 5-6 orang, pergi ke suatu kawasan, terutamanya surau yang kurang org mengunjunginya. Jadi kita mengajak orang kampung mengunjungi dan mengimarahkan lagi surau. Mengajak supaya mengerjakan solat berjemaah."
       "Yang macam orang pergi rumah ke rumah 2 kan tok? Bulan lepas ada orang pakistan dengan Ustaz Ikram dtg rumah, tapi ayah je jmpa mereka. hehehe". puad ingin kepastian.
        " Macam 2 la. Jadi tok nak ajak anak2 semua ni ikut, kalau nak la, tok nak semuanya ikut", Tok Imam mengajak kami, aku sememangnya ingin mengikuti. Aku memandang kepada kawan2 lain, semua menunjukkan minat.
       "Tapi Tok, malu la pergi rumah ke rumah org lain tok" Shah pula menyatakan perasaannya.
       " Nak tahu hikamh dan ganjaran org berdakwah. Membiarkan perasaan malu demi menyebarkan agama Allah, di hari penghitungan kelak, Allah juga akan malu untuk menghisab kita, Wallahualam".
         " Banyak yang kita akan pelajari, kalau anak2 semua mahu ikut esok kita berangkat ke kampung Pasir Hitam, kampung hujung 2.." ringkas jelas Tok Imam memberi kami semangat untuk mengikuti. Tapi aku x lama lagi akan mendaftar disebuah unversiti bulan hadapan. Perasan aku berbelah bagi. Aku takut yang perangai lama aku berulang..

     Bersambung....(Idea kurang, kesihatan x berapa baik)

Monday, November 14, 2011

Kisah Remaja Dengan Tok Imam

   Assalamualaikum... lama sudah tidak update blog ini... tp malam ini berkesempatan berada dirumah smbil menunggu isyak.. ikutilah kisah dibawah... semoga dapat melahirkan perubahan dalam diri sy sendiri dan teman serta sahabat sekalian..

   Seperti biasa waktu petang adalah waktu bermakna bagi segolongan remaja. Aktiviti paling disukai adalah LEPAK. Kebanyakan remaja kampung lepak dipondok2 atau tepi jalan, tidak ketinggalan remaja kampung Dusun Parit. Seperti biasa dari jam4 petang sudah beberapa mereka sudah berkumpul, antaranya Atan, Shah, Amir dan Puad.
   Seperti biasa mereka bertukar2 cerita. Ada juga melahirkan idea2 untuk memberi lebih keseronokan dalam diri mereka. Kadang2 akibat keseronokan ini membawa remaja2 lupa akan waktu akhir malam, malah balik dalam jam1 pagi. Namun dalam keseronokan itu, mereka akan berpecah dalam waktu2 tertentu. Terutamanya berdekatan waktu Maghrib. Ini kerana ingin bersembunyi dari Tok Imam di surau mereka. Jika tidak sudah tentu diajak pergi ke surau dan mendengar ceramah.
    Seperti hari2 lain, kumpulan remaja ini mula lepak. Namun hari itu sedikit mendung dan hujan akan turun bila2 masa. Tapi bagi mereka keadaan itu memang biasa. Sedang asyik2 bercerita, mereka telah disapa dengan suara org paling dikenali.
    "Assalamualaikum"..suara Tok Imam memecah kerancakan mereka bersembang. Terkejut seorang demi seorang kereana Tok Imam awal melintasi mereka. Belum sempat beredar seperti biasa, mereka terpaksalah mendengar ceramah.
    "Waalaikummusalam Tok", jawab mereka lemah. Mereka menyalahkan sorang2 kerana tidak perasan Tok Imam datang.
     "Waktu2 macam ni x balik lagi ka, hujan akan turun sekejap lagi", mereka cuma mengangguk dan mencari idea utk beredar..
     "Ada 30minit lagi ni utk solat maghrib, baik kita pergi surau," Tok Imam menambah lagi.
     "Errmmm, Tok, tadi mak suruh saya pergi kedai, tapi singgah kejap sini, saya balik dulu ya Tok", Shah cuba mengelak dan beredar dari situ.
      "Sebelum tu baik pergi surau dulu, tunaikan kewajiban Maghrib ni"."Kita berjemaah, lepas tu awak boleh beli barang", Tok Imam sedayanya untuk mengajak golongan remaja ini pergi ke surau.
      "Tok, lepas beli barang saya boleh solat dirumah", sampuk Shah.
      "Lebih afdal solat berjemaah".."Dalam solat berjemaah, pahalanya lebih besar dari solat secara berseorangan, malah dapat mengurangkan gangguan syaitan", Tok Imam mula memberi ilmu dan cuba meyakinkan golongan ini.
      "Baiklah, Tok nak tanya kamu semua satu soalan", Tok Imam ingin menguji remaja berkenaan.
       "Apadia Tok", cepat jawapan keluar dari mulut Atan dan Shah yang memang giat mencari idea untuk beredar dari situ.
       "Jika korang orang atasan ataupun bos dalam sebuah syarikat, sudah tentu korang ingin lihat pekerja2 korang mematuhi segala arahan dan peraturan dalam syarikat bukan?" Tok Imam cuba menguji remaja ini.. "Ok Atan, jika kamu bos, apa kamu buat jikalau pekerja kamu melanggar undang2 atau peraturan ditempat kerja?"
       "Saya akan buang dia Tok, saya ingin org yang betul2 menjalankan kewajiban sebagai seorang pekerja", jawab Atan bersemangat.
       "Bagus, kamu pulak Mir", Tok Imam mengalih soalan kepada Amir.
      "saya pun akan buat seperti Atan Tok, sbb sy nak semua pekerja mematuhi peraturan dan dapat memajukan syarikat saya".
       "Oh begitu, saya rasa semua ikut jawapan Amir dan Atan bukan", soal Tok Imam kepada yang lain, dan mereka mengangguk tanda setuju.
       "Baiklah, anak2 sekalian, sebenarnya manusia dan jin diciptakan adalah untuk beribadat, setiap perkara yang dilakukan kerana Allah itu dikira ibadat", berhenti seketika.. "Sama juga dengan situasi kita mempunyai syarikat, Allah telah mensyariatkan kepada kita tentang larangan dan suruhanNya, sama seperti peraturan2 tertentu yang wajib kita patuhi. Jika kita langgar peraturan semestinya hukuman diberi, bukan?"tambah Tok Imam, mereka kelihatan berminat mendengarnya dan diam sambil merenung Tok Imam...
       "Allah telah memberi semua balasan kepada makhlukNya, samaada kebaikan dan kejahilan semua mendapat balasan...kita seperti pekerja, menjalankan kewajiban seperti yang tertakhluk kepada peraturan dan syaratnya..jika kita melanggar etika2 kerja, bermakna kita bukan pekerja yang baik dan jujur, dan kita juga bersalah keranan melanggari peraturan seperti yang dijanjikan"..
       "Seperti janji2 kita dengan Allah, cuba fikir perasaan kita selaku bos mesti marah bukan apabila pekerja kita melanggar peraturan..bayangkan Allah, Pencipta kita, malah kita angkuh dan melanggar apa yang Dia kehendaki dan melakukan apa yang Dia larangi"..kelihatan air muka mereka sedikit berubah, seakan mahu menangis dan ada yang dah mengesat air mata..
        "Syurga dijanjikan Allah kepada orang yang bertakwa dan beriman serta mengikuti segala perintahNya, dan Neraka pula menanti kepada yang melanggar perintahNya"..sambil melihat jam ditangannya, Tok Imam menyedari waktu Maghrib semakin hampir.
        "marilah kita menunaikan solat dahulu, nanti selepas maghrib kita sambung"..Tok Imam melangkah ke surau sambil diikuti remaja terbabit..

(banyak lagi blh diperbaiki dari penulisan ini, huhuhuhu, tapi saya berharap mesej dan pengajaran yang disampaikan akan diterapkan sebaiknya..InnsyaAllah...)

Sunday, October 9, 2011

Harga Semasa Sakit

  Seringkali kita merungut apabila kita sakit, terutamanya demam dan penyakit2 lain. Sebenarnya banyak benda kita lupa semasa kita sakit dan perkara itu sememangnya sangat berharga.
  Sebelum itu, semasa kita sihat apa yang kita lalui selama sehari menjalani kehidupan? Fikir sejenak, solat dah ditunaikan? Al-Quran ada tak pegang atau baca? Yang lebih penting, adakah kita sentiasa mengingati Allah SWT semasa melakukan sesuatu, tugasan atau kehidupan seharian. Ok cuba kita menyelami semasa kita sakit.
  Apabila kita sakit, perkara pertama terlintas difikiran adalah untuk sembuh. Tapi apa yang dilakukan untuk sembuh? Makan ubat, ya itu yang semestinya. Tetapi kita selalu lupa bukan, setiap kali kita sakit kita mesti teringat akan Allah. Kerana kita berdoa kepadaNya. "Ya Allah, Engkau sembuhkan la penyakit aku ini Ya Allah".
   Doa selalu datang bila kita sakit. Kerana kita percaya Allah akan memakbulkan doa kita. Seterusnya sakit yang kita alami berkurangan. Namun kita sebenarnya tidak tahu apa kelebihan semasa sakit. Kita sakit sebenarnya salah satu cara Allah untuk mengingatkan hamba2Nya akan Kebesaran Allah. Allah mahu kita sentiasa mengingatiNya, kerana Dia sayang akn kita.

  Kesakitan yang kita alami adalah 1 peringatan supaya kita tidak jauh dari suruhanNya. MengingatiNya. Yakin akan Nya. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Pemurah. Sedarlah bahawa setiap kali kita sakit atau ditimpa masalah jangan lah kita bersungut kerana itu 1 hikmah dan 1 peringatan Allah terhadap kita yang menunjukkan Dia sayang akan kita..
  Berterima Kasih la kepada Allah. Kerana sakit salah 1 dari pengampunan dosa kita didunia ini..WallahuAlam..
Fikir2 kan lah

Wednesday, July 20, 2011

Buat Sahabat


Sahabat,
inginku berterima kasih,
diriku yang penuh penghinaan,
penuh dengan pandangan sinis dari mata org,
dan penuh dengan kesakitan hati...

Sahabat,
bukan 1 dan 1juta,
namun ia satu yang x ternilai dengan ucapan terima kasih,
malah x ternilai dengan jutaan benda didunia,
ia sangat berharga dan sangat sempurna....

Sahabat,
kehadiran engkau membawa aku keluar dari situasi putus asa,
disaat aku hampir merebahkan diri kerana kesakitan hati,
waktu aku melabuhkan dan menyepikan diri aku ditempat kegelapan,
engkau menghargai aku...

Sahabat,
buruk ungkapanku maaf aku pinta,
jahat perilaku aku teguran aku tagih,
lalainya diriku nasihat aku impikan,
kerana aku bukan sempurna....

Sahabat,
engkaulah penyeri hidupku,
engkaulah pelita menemani aku,
engkaulah tongkat yang mengagahi setiap langkahku,
engkaulah segalanya kepada ku..

terima kasih wahai sahabat

Friday, July 1, 2011

CORETAN PENYESALANKU

  Minta maaf,  ayat pertama yang mampuku tulis...
Selama ini aku menganggap sifatmu yang sering mengabaikan perasaanku itu adalah salah,sebenarnya kamu nak menjaga erti persahabatan walaupun kita bergelar kekasih..aku x mengerti persahabatan dalam hubungan kekasih, namun sebenarnya kita bercinta dialam sahabat kerana itu kamu menghadkan ruang,masa dan keakraban kita x jauh dari sahabat kerana itu haram kalau dilakukan berlebihan dari hubungan itu..


Selama ini aku anggap kamu bukan mencintai aku seperti aku mencintai kamu...namun sekali lagi aku salah, kerana kamu mencintaiku lebih dari apa yang aku sangkalkan selama ini..kamu melarang aku melakukan dosa, kamu menasihati aku supaya menjaga adab pergaulan supaya x terjebak dengan hasutan syaitan yang nyata musuh utama manusia..sbb itu kamu sering memberi alasan ketika kita keluar berdua..sikap kamu itu mmbuat aku benci..namun aku salah mmbenci kamu...kerana kamu inging menjaga maruahku dan maruah keluarga kita...


Aku membuat keputusan yang salah....mmg salah dan penyesalan mmg x berguna..betul kata kamu...biar la kita berhati2 dahulu sebelum menyesal kemudian...ternyata kamu betul..kenapa aku bodoh meninggalkan kamu...dan aku leka dan hanyut dengan org yang sekarang ini mmbuat aku menderita...mungkin balasan aku melukakan hati kamu dan mgkn inilah perasaan kamu setelah aku mmutuskan pertunangan kita...aku menyesali..sungguh x terduga semua ungkapanmu itu ternyata benar...aku malu...namun aku x mampu berbuat apa2 kecuali taubat NASUHA...benar, jika waktu dikembalikan kewaktu lalu, mesti perkara sama akn berlaku...jadi ini pengajaran utk ku...


Aku minta maaf atas segala kesalahanku...mungkin ini coretan terakhirku buatmu...aku nak kamu mengetahui aku dahh terlanjur dengan sidia malah dia telah meninggalkan aku...paling memeritkan aku salah seorang penghidap HIV dan positif AIDS...inilah pembalasan dunia akibat perbuatan aku yang sia2 kerana mengikut hawa nafsu dan hasutan syaitan...


Sebelum itu izinkan aku berterima kasih kerana masih menganggap aku sahabat dan terima kasih atas perkenalan kita yang aku sendiri rosakkan demi mencari kepuasan dunia..


Aku mmg menyesal...

Wednesday, June 22, 2011

Dia..Jangan lah kau bersedih...(Fatin Haziqah)

 Dia, sapakah...yang aku tahu dia seorang kwn n sepupu(jauh skt kot)..hubungan aku rapat dengan dia semasa kami lepak2 juga dalam fb..masa 2 cam besa2 je..kejap bergurau senda kejap x..bz dengan keja..^^
 Ramadhan menjelang 2010(kisah hitam dlam waktu ni xnk babitkan) slalu gak aku ngan dia chat...cita..n hmpr hjg ramdhan dia mnta tlg..hntr g rmh dia..sbb dia bru blik kg..dah prepare pun smua utk hntr dia..tp dia dah diambik abg ipar dia.(seingat aku la)..
 Raya pertama, sperti besa raya di matu bersama kwn2 lain, antaranya suzee, yong, izul, pijah(bei udei tedah teu)..tp raya thn ni mmg x best kt matu..smua org cam muddy n x de lyn kwn je..
 Raya ketiga, g kg dia..hehe..plan awal hari raya kedua pas g kubur..tp ada problem plak..aduhai..kwn2 g ngan family msing..aku pun sama sbb aku g beraya kt rmah kazen2...ok, rmh 1st dilanggar ialah amoi..hehe..
  Dirumah amoi, mnta tlg dia tnjkkan rmh dia ni...lama ga drmh amoi..trus kmi pun kuar jln kaki g rmh dia..dia time 2 mgkn baru mekat tudui la 2 kot..(kak marah eh)..tp stil gak lyn kami smua..haha..
  Tp org raya makan kuih kan, g rmh sepupu dia mkn buah pedada, aku x mkn, kekeke,,mkn kuih raya je,,org beraya kan...
  Start ari 2 la aku n dia mkn rapat..lg2 tau yg dia ada skt bau2 bacang..slalu bergurau dlm fb..kadang dia pangil aku daling,wahhh seronoknya(laei budei)..plg mnja pla cimeng..hahaha..
   Nak tau sapa dia, ehem2, dia la Fatin Haziqah(bkn nama sbnr,nama anaken en)pndai2 un...hehehe..uit tini, kak la majuk2,sedih2 k cimeng2...hehehe..nbei diak laei a...mnta maaf andai ada silap dan salah eh...hehehe..sudah...TAMAT...

Hidup Sebagai Seorang dari Kawan

 Aku, macam besa la, ada x da je yang berlaku..apa pun masalah, aku diam je, sbb kalau aku bsg pun x da yg dpt bantu hlangkan maslah..bukan..
 Aku dalam laman sosial yg popular (facebook ataupun pelat org timan pesebuk)..dlu aku wat facebook pun suka2 je, kadang2 je buka..lau boring buka la, tp main game je keja..dlu org slalu berkomen2 n org aku kacau antaranya loren,pijah,,eerrmmm sai gei eh(campur dah bhsa..1MALAYSIA!!) byk gak la..hhhaaaa lupa plak ngan bb n mela serta ame..smua ppuan je..
  Time 2 aku x pernah pun lepak2 ngan kwn smbl mkn2..klu ada pun dlu annuar n merul yg blanja..kisah kwn aku x smpai situ. dlm facebook ni terjumpa la kwn2 sperti efa,lyn dan OMG saiful akim..kekekeke..x kurang juga pertemuan dengan kazen2 aku antaranya syazuan a.k.a juwek..
  Dlu time skolah mmg kenal efa, tp x brani tegur sbb kwn sy ckp 'Hisyam nama en fa' dia garang skt..tkt gak nak tegur, sbb time skolah dlu aku ska sakat org..keke..lyn pun aku kenal, slalu je mlntas kelas dia..besanya aku suka mengacau merul sama geng2 dia dlm kelas..hahaha
  Walaupun cam 2, pelajaran aku tetap jaga..top1 dlm kelas..smua smester aku pegang no1..(meged)..
   Nak jadikan kesah, aku beranikan diri meng'add effa saiw..baih yen menegur en..last2 jadi mmber kamceng la kawak..teu jalak rahsia diberitahu, a first majer akeu 'tag' adalah effa..hahaha..pekarih awel2 suab mmwen, tedah yen baruk mkeng fb..kalik la kawak..
   pada masa 2 aku mmg rapat ngan bb n mela, sbb stiap lau rayak, mereka bei meilek udung..paling x lupa time mereka kenakan aku..huh..smpai2 bila akeu inget bb...idea neu yen..
   baih yen kenal la prfile lyn, dgen naseng 'g kenal un g amaheu teu' lalu akeu add hehehe...borak2 dlm wall sepul n effa mulanya..pas 2 tiba2 dia tnya..cam na nak tag org..cam aku tanya ngan effa..
  jadi dia pun pndai dlm masa sehari..dah start la c lyn main tag2 org..seronok beno..yg slalu jd mngsa dia ms 2, mmg fb sal..kekeke
  jd sal n lyn mnjadi ank murid keu (ngakuk un) dgen me'tag2' apah a teu..hehehe..lalu lah tapak ajau leu yen suka tag2..padahel sblm taau me'tag' a sma lah bak nageh nyabek ajer...hahaha..
  hahahaha...utk kwn2 thank a lot..hepi owez gem cita budei keu teu..hahaha...nbei idea bak subet karangan kek...apa???sukati aku la nak guna bahasa apa..apa ko kisah..<<----lasuk sien(trademark leu sepul un tegi bei aneik panah...hahahaha)..
K chau lu..Azan dan bunyi...hehehe

Wednesday, June 15, 2011

Adakah Kita Sedar?

  SEDAR x kita bahawa kita menduduki Malaysia, didalam garisan khatulistiwa. Kita sebagai bumi Malaysia jarang berlaku bencana terutama letusan gunung berapi,gempa bumi malah ribut taufan yang dahsyat. Pernah x kita terfikir, kenapa kita seakan dilindungi??
  Mari kita ungkap kembali kata Nabi Muhammad SAW 'akan ada (wujud) 1 bumi yang aman menegakkan Islam semasa kekacauan didunia'(inysaAllah hampir maksudnya). Ini menjelaskan bahawa akan ada 1 kaum dari sebuah negara yang aman kelak akan menjadi penaung Islam disaat umat2 Islam semakin hanyut serta hilang panduan.
  Kita lihat bencana2 melanda (salah 1 petanda besar kiamat menjelma),itu bukan bencana semata2, tapi itu adalah petanda bahawa kita semakin dihampiri KIAMAT. 
  Dapat dilihat sekarang sosial semakin menjadi, seks bebas, minum arak, berjudi, bertilik nasib dan banyak lagi kemungkaran berlaku. Di saat panduan Islam tenggelam. 
   Tapi pernahkah kita terbayang betapa besarnya azab akan kita tanggung ketika hari penghitungan??AllahuAlam..kita sbagai manusia, seringkali leka tentang suruhanNya..
  Malaysia antara negara yang aman didunia, sanggupkah kita lihat keamanan itu ditarik balik??Sanggupkah kita hadapi bencana2 besar seperti dinegara2 lain??Kawan2 sahabat2, kita belum terlambat berrubah dan bertaubat..mari lah kita sama2 menjaga keimanan kita serta keamanan negara kita..
  Semoga kita semua diberi hidayah dan diletakkan dijalan yang benar dan lurus..Amin Ya Rabbal Alamin

Cerita Kehidupan

  Bermula dari perut ibu, pernah kita terfikir kenapa kita yang membesar disana??Genap 9 bulan, kita selamat dilahirkan, pernah juga terfikir kenapa kita boleh hidup utk menghirup udara diluar kandungan ibu.Keajaiban??
  Perjalanan kita dari kecil bergelar bayi, dibelai dan dimanja.Pernahkah kita meninjau perjalanan ibubapa kita??,suka duka mereka??Tidak bukan, kerana waktu kita x mampu berfikir, malah kegiatan digemari tido n minum susu..
 Setelah berusia 2-3 taun, khususnya kita mula belajar berjalan.Itu permulaan langkah kita bergelar manusia.Tp kita masih belum mampu berfikir, apakah yang berada didepan kita, bahaya atau sebaliknya.Yang kita tahu cuma melangkah dan melangkah walaupun didepan adalah bahaya.
 Tinggalkan zaman budak2, kini kita berusia 6 tahun,kita mula mengenal ABC dan 123 dialam tadika.Pernah merasa bukan.Kita dididik awal sblm ke alam persekolahan sebenar.
  Dalam usia 7-12 tahun itulah peristiwa kita yang blh dikatakan menarik.Perjalanan hidup bukan ditanggung 100% oleh diri kita, tapi ibubapa kita.Memang seronok bukan.
  Di alam sekolah menengah, pernah kita terfikir berapa kos persekolahan kita pada masa itu. Tp kita x endah kerana kawan2 dan keseronokan bertambah kerana usia kita masa itu adalah remaja..
  Remaja kini jauh ditinggalkan,skrang zaman bekerja dan berdikari.Zaman yang mgkin membosankan dan memenatkan.Baru tau bukan sakit mencari nafkah dan rezeki.
  Umur dah cukup,kebanyakan usia kita dah ada teman hati, jadi perkahwinan menanti.Indah berkahwin, kerana itu hubungan halal dan sah.Setahun berkahwin, mgkn benih sudah berputik dirahim siisteri.Kegembiraan terpancar.Ungkap kembali peristiwa kita dirahim ibu.Sama bukan, itu lah perasan ibubapa kita.
  Orang pertama dalam keluarga sudah hadir,kegembiran penuh kesyukuran diungkapkan.Nama diberi,kasih syg, keperluan smua lengkap.Tapi, itu baru permulaan.Akan menanti 1 cabaran besar.
  Anak semakin banyak kos pun bertambah, kita sering kepenatan mencari rezeki.Bahkan kita skali skala bertengkar dengan suami isteri tentang nafkah.X kurang yg terlepas ucapan lafaz cerai.
 Kita renung kembali, zman ibu bapa kita, kenapa kita masih merasa kegembiraan dengan mereka??kenapa kita x susah sperti skrg.Tp kita abaikan ibubapa yang membesar dan mndidik kita..

Itu sajalah perkongsian aku..sbb x da idea...hehehe..aduhai..

Monday, June 6, 2011

Andainya Aku Pergi Esok



Ya Allah,
Andainya aku mati esok,
Adakah aku mati dalam keadaan beriman?
Atau aku mati dalam keadaan orang2 yang rugi?
Atau aku mati dalam keadaan orang2 yang sesat?
Atau pun aku mati dalam keadaan orang2 kafir?


Ya Allah,
Andainya aku mati esok,
Sempatkah aku mengucap 2 kalimah syahadat?
Sempatkah aku mengucap kalimah LAILAHAILLALLAH?
Mampukah aku menyebut kalimah2 syahadat?
Mampukah aku mengakui Engkau ya Allah sebagai Tuhanku?


Ya Allah,
Andainya aku mati esok,
Apakah yang menanti aku dialam kubur?
Adakah upacara pengebumianku berjalan lancar?
Adakah aku diseksa kerana kelalaianku dalam duniawi?
Ataupun aku layak mendapat keselesaan hidup dialam kubur?


Ya Allah,
Andainya aku mati esok,
Apakah taubat2ku diterima?
Adakah amalan2ku sempurna?
Adakah segala kewajiban ku terlaksana.


Ya Allah Ya Tuhanku,
Sesungguhnya aku seorang insan yang kerdil,
Sering melakukan kesilapan,
Namun aku memohon Ya Allah,
Hindarilah aku dari tersesat Ya Allah,
Kuatkan imanku ini Ya Allah,
Teguhkanlah hatiku ini Ya Allah,
Berikanlah aku taufik dan hidayah mu Ya Allah,
Kerana andai aku mati esok,
Aku telah bersedia untuk akhiratMu Ya Allah..
Kerana aku mencintai Akhiratmu,
Aku mohon jauhilah kelalaian duniawi yang fana ini..
Amin Ya Rabbal Alamin....

Wednesday, June 1, 2011

Menanti Di Alam Barzahk

Hayati lah lagu ini kerana maksudnya sungguh mendalam dan mmberi kesedaran tentang hari kematian. Sesungguhnya kita semua akan merasai hari kematian. Sentiasa mengingati Hari Kematian penting dalam proses mendekatkan diri kepada Allah. Bila kita ingat akan kematian kita lihat akan dosa2 yang kita lakukan..adakah sempat utk kita bertaubat??
 Jadi ingatlah 1 perkara, beribadatlah kita seolah2 kita akan mati pada esok hari, dan bekerjalah kita seumpama kita akn hidup seribu tahun lagi.. Dalam hal ini, kita bertaubat, berdoa dan menyesali perbuatan dulu seolah2 kita akan pergi utk selamanya dari dunia ini pada masa terdekat..
 Kita bekerja, dalam bekerja jangan lupa akan Allah.. Orang yang malas mencari rezeki hukumnya adalah HARAM. Jadi kita bkerja mencari rezeki seolah2 kita akan hidup seribu tahun lagi namun jangan lupa akan suruhanNya..
 Insya Allah kita akan diberkati Allah dalam keikhlasan utk melakukan kegiatan seharian...Amin Ya Rabbal Alamin...

Sunday, May 29, 2011

Mengapa Arak itu Haram???

(sekadar hiasan sahaja)
              
Menurut ajaran Islam dan berdasarkan hadis serta firman Allah bahawa kamar, minuman keras atau yang memabukkan itu adalah najis, sedang hukum meminumnya adalah haram..


Jom kita hayati sebuah kisah tentang kesan arak:
         Menurut cerita dari Saidina Usman ibnu Affan, dimasa dahulu kala, salah seorang umat dari salah 1 nabi sebelum Nabi Muhammad SAW ada seorang Abid, diculik oleh seorang perempuan jahat dan sememangnya itu sahajalah pekerjaan perempuan tersebut menganggu manusia2 yang kuat beribadat. Orang Abid itu dibawa ke dalam 1 kamar dan dikunci erat pintunya. Kemudian Abid itu diberi 3 pilihan untuk berbuat dosa iaitu;
1. Mestilah berzina dengan perempuan itu sendiri,
2. Meminum kamar (arak), atau
3. Membunuh seorang anak yang telah disedikan.
          Abid itu dipaksa membuat pilihan dan jika tidak melakukannya dia akan dibunuh. Kerana ingin hidup dan ingin meneruskan ibadat dan perbuatan2 baiknya, maka dia menurut pertimbangan nya, dia meminum kamar kerana iu kurang dosanya berbanding 2 pilihan lain. Setelah diminumnya kamar tersebut, kepalanya berasa pening dan dia mabuk. Apabila dalam keadaan mabuk, maka timbul seleranya untuk menzinai perempuan itu dan berlaku la zina yang ingin dielak oleh lelaki Abid tadi.
           Setelah habis berbuat demikian, dalam separuh sedar, dia terfikir jika ada yang menjadi saksi atas perbuatannya itu maka dia akn dihukum kerana berzina dan minum arak. Maka dia mengambil keputusan untuk membunuh anak kecil yang disediakan td kerana takut menjadi saksi kelak. Dan takut pula pembunuhannya tersebar maka perempuan yang dizinainya pun turut terbunuh kerana takut rahsianya dibongkarkan kelak. Demikianlah kisahnya, dengan sebab meminum kamar itu, terjadilah dosa2 besar telah dilakukannya.

Nampak bukan kisah diatas, bagaimana punca arak boleh mendorong kita melakukan dosa yang lebih besar,
Ini jelas dinyatakan dalam firman Allah SWT:
إِنَّما يُريدُ الشَّيطٰنُ أَن يوقِعَ بَينَكُمُ العَدٰوَةَ وَالبَغضاءَ فِى الخَمرِ وَالمَيسِرِ وَيَصُدَّكُم عَن ذِكرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلوٰةِ ۖ فَهَل أَنتُم مُنتَهونَ﴿٩١﴾(91) Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?(surah Al-Maidah, ayat 91)
Jelas dalam firman Allah diatas arak boleh mendorong sesorang itu melupai ajaran Allah dan meninggalkan solat. Kerana hasutan syaitan yang begitu senang menyesatkan seseorang dalam keadaan mabuk.Nabi Muhammad juga berpesan kepada kita sebagai umatnya;'4 ( jenis manusia ) tidak Allah masukkan kedalam Syurga dan tidak akan merasai kenikmatannya iaitu peminum arak, pemakan riba, penzalim(pemakan) harta anak yatim dengan tanpa hak, dan menderhaka kepada ibu bapanya'~( Riwayat al-Hakim)Harap dengan perkongsian ini, kita akan menjauhi menimuman memabukkan kerana kita sedia maklum yang arak itu melalikan dan menjurus kepada perbuatan yang lebih kejam dan dosa2 besar.Semoga Allah menjauhi kita dari terjebak dari minum arak dan seterusnya menjauhi dosa2 besar...Amin Ya Rabbal Alamin


ALWAYS BE THERE


Alllahu Akbar…
If you ask me about love
And what i know about it
My answer would be
It’s everything about Allah
The pure love, to our souls
The creator of you and me,the heaven and whole universe
The one that made us whole and free
The guardian of HIS true believers
So when the time is hard

There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart
So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

HE bring ourselves from the darkness into the light
Subhanallah praise belongs to YOU for everything
Shouldn’t never feel afraid of anything
As long as we follow HIS guidance all the way
Through the short time we have in this life
Soon it all’ll be over
And we’ll be in His heaven and we’ll all be fine
So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart
So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…
Allahu Akbar…
So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And he knows what’s in all in our heart
So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…
Allahu Akbar…

Saturday, May 28, 2011

Fadilat Al-Asma Al-Husna - 1

                                                        1. Ar-Rahman (Maha Pemurah)

 Bersifat Pemurah dengan mengurniakan rahmat dan kemakmuran terhadap semua hamba-Nya di dunia tanpa membeza-bezakan samaada mereka itu Muslim mahupun kafir, yang taat mahupun ingkar. Segala kurniaan-Nya tersimpul sebagai rahmat dan nikmat. Yang paling utama antara rahmat dan nikmat itu ialah iman dan Muslim.


ومَ يَقومُ الرّوحُ وَالمَلٰئِكَةُ صَفًّا ۖ لا يَتَكَلَّمونَ إِلّا مَن أَذِنَ لَهُ الرَّحمٰنُ وَقالَ صَوابًا ﴿٣٨﴾(38) (Tambahan pula) pada masa Jibril dan malaikat-malaikat yang lain berdiri bersaf-saf (menunggu perintah Tuhan), tidak ada yang berani berkata-kata (memohon pertimbangan) melainkan yang telah diizinkan baginya oleh Tuhan Yang Maha Pemurah, serta ia berkata benar.( Surah al-Naba' ayat 38)PenghayatanSifat Allah yang Maha Pemurah mendorong seseorang untuk bersikap mengasihi (bersifat umum)
Fadilat1. Mengamalkan zikir Ya Rahman 100 kali selepas solat fardhu, InsyaAllah akn terhindar daripada sifat lalai dan pelupa. Ia juga menjadikan  seseorang itu  pemurah dan mempunyai daya ingatan yang kuat2. Berzkikir dengannya sebanyak 500 kali selepas solat fardhu, insyaAllah akan menyinarkan hati seseorang serta menghilangkan sifat gugup
Semoga perkongsian saya kali ini diamal dan dipraktiskan setiap solat fardhu. Insya Allah lakukan dengan keihklasan maka ia akan bermanfaat seperti fadilat membaca zikir Ya Rahman.. INSYA-ALLAH..

Wednesday, May 25, 2011

Cinta diluar pernikahan??? Hukumnya Haram...

 Seperti kita tahu, ramai diantara kita tengah bercinta...Saya sendiri dlu pun pernah bercinta, tp cinta SMS je...hehe... Ok kita selami apa itu cinta dan kuasanya... Cinta, 1 perasaan antara sesuatu hubungan iaitu kasih syg... Namun konsep cinta untuk masa sekarang ramai yang menghadkan untuk seseorang individu sahaj...
 Cinta sesama manusia, mmg cinta ssma manusia penting, namun jgn salah gunakan.. Seperti kita lihat sekarang, disekeliling kita..byk pasangan yang bercinta tapi belum mmpunyai ikatan pernikahan berpegangan tangan, berpelukan...biasa nampak bukan...
Ok, kita tengok pla pesanan Nabi Muhammad SAW:
" Jauhilah oleh kamu bersunyi-sunyi dengan perempuan. Demi Allah, tiada bersunyi antara seorang lelaki dengan perempuan, melainkan masuklah syaitan di antara keduanya..."
 Demikian la kita sedia maklum dan lihat sekarang pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Ada  juga yang sengaja melupai larangan Allah dan Nabi SAW.  Kita lupa akan azab dan seksa kita di akhirat kelak.. huhuhu, sesungguhnya kuasai cinta antara manusia mmg luar biasa kuasanya,
Nabi Muhammad SAW juga pernah berkata:
"Dicucuk kepalakamu dengan jarum daripada besi adalah lebih baik daripada menyentuh kulit perempuan yang tidak halal bagimu"
 Nampak bukan, sedangkan bersentuhan sahaja sangat berat seksanya...Apatah lagi klau berpegangan, berpelukan dan berciuman..ALLAHUAKBAR...huhuhu
Ikuti lagi sorotan hadis Nabi SAW:
" Barangsapa berjabatan tangan ( bersalaman) dengan seorang perempuan yang haram (bukan isteri atau adik beradik) maka di Hari Kemudian dirantai ia dengan rantai api Neraka..dan jikalau diciumnya, maka kelak di Hari Kemudian, digunting kedua bibirnya dengan gunting api neraka...dan jikalau dizinainya, maka pahanya akan menyaksikan  di Hari Kemudian mengenai perbuatannya yang terkutuk itu, DAN ALLAH AKAN SANGAT MURKA KEPADANYA"
Wallahualam

Firman Allah SWT pula:
اليَومَ نَختِمُ عَلىٰ أَفوٰهِهِم وَتُكَلِّمُنا أَيديهِم وَتَشهَدُ أَرجُلُهُم بِما كانوا يَكسِبونَ ﴿٦٥﴾(65) Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.(surah Yasin ayat 65)Daripada hadis dan petikan Al Quran diatas, cuba kita renung kembali...apa yang berlaku didepan kita diri kita...Sy sendiri pun tengok ada di laman sosial tanpa malu menunjukkan pasangan masing2...malah ada yang berani ambik gmbr dekat2 malah smpai mncium...pernah nampak bukan..Oleh itu mari kita sama2 menginsafi kesilapan diri akibat rencana syaitan yang mewujudkan cinta yang terlarang,...amin ya rabbal alamin...

Saturday, May 21, 2011

Kisah Aku pada 21 Mei 2011

 Saja2 nak tulis sbb nak share benda terjadi kepada aku tengah hari td (sekitar waktu zuhur)..ok tepat pukul 10.45 besa la ada tugasan skit kena selesaikan..dan sekitar pkl 11.20 kerja aku selesai...terus pergi rmh kakak smntara mnggu waktu zuhur...
 Hehe..mungkin faktor penat ataupun sandiwara mata atau lebih tepat lagi permainan syaitan...aku lihat kt hp mcm dah 12.30...apa lagi bergegas la utk menunaikan solat zuhur...tengok2 kt surau x da org..balik rumah terus..sampai kt rmh ambik whuduk n solat...
 Sblm balik rmh td, adik ada msj mnta krm sdkit wang utk beli tiket balik kg..mgkn sbb 2 kot jga kelalaian aku..huhuhu...ok pas solat aku mandi...dah siap2 semua aku pergi ke rmh kkk lagi...ajak anak buah pergi maybank utk bank in kt adik...
 Balik je dari maybank, nk beli la sdkit mknn sbb blm mkn lg...tiba2 dlm radio ckp waktu skrg adalah 12.30 tghhari...ya Allah...waktu apakah yg aku pndg tdi...ksilapan pandangan itu bermakna aku solat zuhur 11.30++ la...huhuhu
 Tp x pa, sbb maybank x jauh dari masjid..Alhamdulillah dpt gak bersolat berjemaah di masjid....hehehe..mgkn itu hikmahnya ataupun ada sesuatu yang x kena tlh aku buat..wallahualam..
 Aku rasa rmai jga yg mgkn mengalami situasi sama iaitu terasa waktu berlalu begitu cepat...tp dalam realitinya waktu itu berlalu sperti biasa...dan sperti kita sdia maklum dlm akhir kemusnahan dunia(hari kiamat) mmg waktu akn berlalu begitu cepat...
 Jadi aku sarankan kita sama2 menyiapkan diri kita...waktu muda kita gna lah sebaik mngkin...kerana waktu tua kita tidak akn dpt menikmati keseronokan beribadat sperti diwaktu muda...pernah seorang tua menangis selepas menunaikan solatnya..lalu ditanya, mengapakah dia menangis...lalu dia berkata, 'aku tidak dpt merasa keseronokan dlm beribadat kerana keuzuranku', 'aku tidak dpt berdiri lama, dan aku tidak dpt menunaikan solat2 sunat utk menambah lagi keseronokan dalam ibadatku'..
 Wallahualam..hehe..sekian saja perkongsian utk hari ini...

Friday, May 20, 2011

Laluan ke Syurga

Ada banyak jalan dan laluan ke Syurga. Namun saya ingin ketengahkan kepada salah 1 jalan, iaitu BERTAUBAT.

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءامَنوا توبوا إِلَى اللَّهِ تَوبَةً نَصوحًا عَسىٰ رَبُّكُم أَن يُكَفِّرَ عَنكُم سَيِّـٔاتِكُم وَيُدخِلَكُم جَنّٰتٍ تَجرى مِن تَحتِهَا الأَنهٰرُ يَومَ لا يُخزِى اللَّهُ النَّبِىَّ وَالَّذينَ ءامَنوا مَعَهُ ۖ نورُهُم يَسعىٰ بَينَ أَيديهِم وَبِأَيمٰنِهِم يَقولونَ رَبَّنا أَتمِم لَنا نورَنا وَاغفِر لَنا ۖ إِنَّكَ عَلىٰ كُلِّ شَيءٍ قَديرٌ﴿٨﴾(8) Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".Antara kisah boleh diambil iktibar:Si Kejam yang Masuk Syurga Said bin Khudri adalah salah seorang sahabat Nab Muhammad SAW. Beliau menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bercerita kepadanya mengenai seorang lelaki yang membunuh 100 orang dengan kejam tetapi akhirnya menjadi penghuni syurga. Lelaki itu telah membunuh mangsanya ke-99. Akhirnya timbul rasa penyesalan dalam hati lelaki tersebut dan merasakan dirinya sangat berdosa. Lalu dia mencari ulama2 untuk bertanya soal agama. Setelah sekian lama mencari, lelaki tersebut berjumpa dengan seorang alim. Dengan penuh harapan, dia bertanya kepada org alim itu, "Tuan, saya tela membunu 99 orang. Bolehkah sy bertaubat?" Orang alim itu terkejut dengan pengakuan lelaki tersebut. "Apa? Kamu sudah mmbunuh 99 orang baru sekarang hendak bertaubat?" Orang alim itu menjawab dengan marah. Mendengar sahaja kemarahan orang alim itu , lelaki tersebut menghunus pedangnya lalu menikam orang alim ituu. Cukup 100 orang yang dibunuh oleh lelaki tersebut. Tetapi dia masih mahu bertaubat. Dia berusaha lagi mencari orang alim yang lain pula. Apabila berjumpa, lelaki itu bertanya "Tuan, saya sudah membunuh 100 org. Bolehkah saya bertaubat?" Orang alim itu menjawap dengan tenang. "Tiada siapa yang mampu menghalang saudara bertaubat. Keluarlah dari kampung dimana saudara tinggal sekaran kerana kampung itu sudah rosak. Pindahlah ke kampung yang masih baik." Mendengar nasihat orang alim itu, lelaki ersebut terus menuju ke kampung yang dimaksudkan. Tetapi dia tidak sempat sampai ke kampung yang dituju, dia meninggal dunia. Malaikat pembawa azab dan malaikat pembawa rahmat berebut kan roh lelaki tersebut. Iblis datang lalu berkata "Aku lebih berhak ke atas roh lelaki ini kerana dia tidak pernah ingkar kepadaku dalam melakukan dosa-dosanya." Malaikat pembawa rahmat menjawab, "Dia sudah bertaubat daripada kesalahnya." Dalam perebutan itu telah berpihak kepada malaikat rahmat kerana jarak semasa lelaki itu meninggal dunia lebih hampir kepada kampung yang baik daripada kampung yang rosak. Dengan itu Allah SWT telah menerima taubatnya."Wallahualam"Melalui kisah itu, sejahat mana pun perbuatan kita, namun keikhlasan dalam bertaubat, Insya Allah taubatnya akn diterima oleh Allah.Firman Allah SWT:إِنَّمَا التَّوبَةُ عَلَى اللَّهِ لِلَّذينَ يَعمَلونَ السّوءَ بِجَهٰلَةٍ ثُمَّ يَتوبونَ مِن قَريبٍ فَأُولٰئِكَ يَتوبُ اللَّهُ عَلَيهِم ۗ وَكانَ اللَّهُ عَليمًا حَكيمًا ﴿١٧﴾(17) Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.Jadi sama2 lah kita menginsafi kesalahan kita lakukan. Sama2 lah kita saling menegur dan menasihati. Jangan ada rasa ego apabila ditegur dengan kesalahan yang telah dilakukan kerana itu adalah benar...Ini dikukuhkan lagi dlm surah Ali IMran : ayat 89إِلَّا الَّذينَ تابوا مِن بَعدِ ذٰلِكَ وَأَصلَحوا فَإِنَّ اللَّهَ غَفورٌ رَحيمٌ ﴿٨٩﴾(89) Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah (ingkar) itu, serta memperbaiki keburukan mereka, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.Semoga kita sentiasa bertaubat dan menyesali kesalahan kita dahulu...amin yarabbal alamin...

Wednesday, May 18, 2011

Salahkah Perbuatan Ku?

Awak,
Selama perkenalan dan perhubungan kita memang sy jarang mengajak awk pergi kemana2 berdua, dan seringkali kita keluar bersama rakan2 dan family...maksud sy berbuat demikian bukan kerana malu keluar berdua dengan awk untuk orang ramai..kita sedia maklum yang mengambil kesempatan jika kita keluar berdua adalah syaitan..jadi lebih baik kita bersedia awal dari terlanjur dan penyesalan x berguna...aku takut timbul salah faham dan syak wasangka oleh pihak tertentu mmbuatkan hubungan kita dan hubungan kita dengan family kita keruh akibat fitnah...dan lebih penting sepatutnya kita malu akan Allah...


Awak,
Bukan suka2 sy nak suruh awk tutup aurat apabila keluar dari rumah...tp sebagai muslimah mmg wajib menutupi aurat...tidakkah awk tahu 'selangkah kita keluar rumah tanpa menutup aurat, maka kita menghantar ayah kita selangkah ke neraka'...awk, sy x mahu org ckp awk 'pencuri iman' kerana tidak menutup aurat...kalau beg tangan kita dicuri kita blh mendapatkannya kembali..kalau iman yang dicuri sukar diganti awk...


Awak,
Sering kali awak mengeluh kerana ulangtahun awk x da istimewa yg dpt aku berikan...cuma doa dan harapan awk akn kekal bersama aku...bukan maksud aku tdak menghargai hari kelahiran awk...kerana hari kelahiran kita akan lupa tentang datangnya hari maut...kerana dalam meraikan ulang tahun, kita akn bergembira dan lupa akan hari untuk kita meninggalkan dunia dan lupa akan pemergian org lain yang terlebih dahulu dari kita...


Awak,
Aku memberi khabar gembira untuk awk, kita akan bertunang..awk sangat gembira masa itu..smpai kita bercakap dlm hp sehingga lewat mlm...sudah seminggu kita bertunang, cara sy ttp sama awk...awk pertunangan bukan tiket untuk kita melampaui batas dalam pergaulan kita...ckp la sy selalu bersama awk n family awk...


Awk,
Sebulan kita bertunang, awk mengirimkan pesanan untuk sy...awk mengatakan yg awk nk kita berpisah kerana awk bosan dengan sikap sy...hati sy mmg sdh awk...tp sudah itu keputusan awk...sy terima dengan redha...sy x kan membenci atau menyakiti awk mahupun membalas kembali perbuatan awk...sy cuma berdoa supaya awk menemui org lebih baik daripada sy...


Awk,
Hmpir setahun kita berpisah, sy masih ttp sma..mencari peganti awk...tp awk, dari jauh sy melihat awk..awk jauh berubah...lbh skit hati sy awk...awk keluar rmh tnpa menutup aurat...lbh lg awk x malu berpegangan tangan dengan lelaki bukan muhrim awk...tp sy ttp berdoa supaya awk kembali seperti dulu...beberapa bulan dari itu...sy terkejut awk...awk disahkan mengndung...tp sy mndpt berita awk blm lagi khwin dengan lelaki itu...dan yg menyedihkan lelaki itu menghilang entah kemana...


Awak,
Awk ingat x pesan sy dlu...'biar kita bersedia daripada terlambat'...mgkin Allah nak tunjukkan kepada awk sesuatu yg dilarang tp ttp mahu melakukannya...itu 1 petunjuk untuk sy supaya mengenali wanita, menjaga wanita, dan menjadi imam utk wanita yang bergelar isteri untuk sy...itu la maksud perbuatan aku terhadap awk dulu...bkn kerana sy x menghargai cinta awk...tp sy nak awk hargai harta yg sngt bernilai dlm diri awk...tp tlh pun awk gadaikan kerana NAFSU...


Awk,
Salah kah pebuatan sy dlu???Bodohkan perbuatan sy itu???awk selagi ada rasa cinta, bkn nafsu, sy sntiasa mnjaga maruah awk, family awk juga family sy...bukan untuk berlagak...bukan utk smbong...bukan bererti x menyayangi awk...


Awk, 
Kesedihan sy bertmbah apabila mendapat tahu awk pergi untuk selamanya...kenapa???kenapa???...sblm awk pergi, awk menggalkan pesanan untuk sy...awk mengatakan yg awk sgt menyesal ats kebdhan awk, awk menyesal kerana bercinta atas nama NAFSU...ssungguhnya Allah telah memberi peringatan...awk disahkan menghidap HIV (AIDS )...


Ya Allah,
Sy memohon supaya sy dijauhi daripada maksiat, dan godaan syaitan yg Yakni menyesatkan umat manusia...amin ya rabbal alamin...