Hari ini hari keempat aku bekerja selepas cuti yang agak lama. Banyak kerja untuk diselesaikan, sebuah laman sesawang yang bos suruh update masih tergendala, dan nampaknya ad PC baru bos beli. Hehehe, mungkin kerana ada kerja perlu disiapkan segera. Kerja update web sedikit sebanyak dekat nak siap. Sebab aku sambung buat dirumah. PC yang perlu dibaiki aku belum sentuh lagi, biar kerja yang 1 ni siap. Kerja macam berat saja, mungkin lama kelamaan ok kot. Malam ni siap la kerja aku. Hari ni pun kami akan balik awal sebab malam bos ada DINNER dengan Pengurus cawangan besar di KL, juga merangkap abang kepada arwah suaminya dan Ahli pengarah yang lain. Pertama kali mereka datang kesini. Bos ajak aku sama, aduh. Keja mestilah aku siapkan secepatnya. Jadi balik keja nanti terus sambung selepas tunaikan semua kewajiban. Waktu pun dekat nak habis, aku kemas awal yang perlu dibawa kerumah.
'Am, jangan lupa pergi malam ni. Ada banyak perkara perlu Am tahu juga. Ini peluang Am juga bertemu dengan Ahli Tertinggi dalam syarikat ni'. Terkejut juga dengan makcik ni tiba2 datang.
' Insya Allah bos, kalau tiada pokok tumbang tengah jalan dapat pergi, hehehe'. Aku balas dengan gurauan, sbb aku suka bergurau dengan staff2 dan bos ni jga.
Selepas solat zuhur, aku teruskan kerja dirumah bagi mengatur apa yang perlu dalam web syarikat ni. Cuma ada beberapa tempat perlu dikemaskini. Dapat la buat dalam 30minit. Tengah aku leka menyiapkan keja, satu panggilan ke Handphone aku, nombor tak dikenali. Mula2 aku biarkan, tapi kali ketiga baru aku angkat.
' Assalamualaikum Am, ini Am kan??'..suara lelaki.
' Waalaikumussalam, ya, ini saya. Sapa ni ye??'.
' Sapa saya tak penting sangat, saya perlu beritahu Am satu perkara penting. Harap Am dapat jumpa saya petang ni.'
' InsyaAllah, tempat awak tentukan dan masa saya ad selepas asar'..jadi talian diputuskan selepas tempat dan persetujuan dibuat.
Perasaan aku tiba2 berdebar, seperti sesuatu yang penting berlaku. Aku mempercepatkan kerjaku dan azan menandakan waktu Asar berkumandang, dan kerja aku 99% siap cuma perlu tunjuk kepada bos. Esok aku tanya kt dia. Aku bersiap2 ke masjid berdekatan tempat untuk pertemuan dengan seorang lelaki tak diketahui.
Aku sampai ditempat dijanji, namun tidak ada lelaki tersebut, aku ambil keputusanan jika setengah jam dia tidak datang aku balik.
'Assalamualaikum, Am'. Bahu aku dipegang. Aku menoleh kebelakang, seorang lelaki mungkin aku kenal. Dia tersenyum, ya aku kenal, suami Lia. Kenapa dia jumpa aku. Pelbagai persoalan timbul. Rasa kemarahan juga timbul, namun aku tahan.
' Waalaikummusalam, awak yang nak jumpa saya?'
' Ya, kalau saya cakap sapa aku awak mesti tak nak jumpa, sebenarnya kedatangan saya kesini untuk memberitahu hal yang sebenar-benarnya termasuk perkahwinan saya dengan Lia. Saya harap Am dapat memberi saya sedikit peluang untuk mendendarnya..' pelayan datang memotong percakapannya untuk meminta order. Kami berjumpa ditempat terbuka, gerai makanan tepi sungai. Aku bertindak tidak mahu berkata2 apa dan membiarkan dia meneruskan ceritanya.
' Mesti Am masih marah dan kecewa dengan keputusan diambil Lia bukan??, sebenarnya Lia buat begitu kerana tidak ingin lihat Am sedih berpanjangan. Perkahwinan aku dengan Lia tidak sah, itu cuma lakonan. Kalau Am nak tahu, selepas Am pergi dari rumah Lia hari tu, Lia pengsan dan terus dibawa ke wad kecemasan. Lia sebenarnya menghidapi Leukemia tahap kritikal. Pernahkan dulu semasa di universiti dia sesak nafas dan pucat. Dia sembunyikan dari kami semua tentang penyakitnya itu. Sehingga dia jatuh pengsan dan doktor sahkan dia menghidapi leukemia tahap kritikal. Sejak itu dia sering pengsan dan sesak nafas. Lia berkali2 meminta keluarganya untuk membuat perkahwinan palsu supaya Am tidak berharap kepadanya dan membencinya'. lelaki itu terhenti seketika kerana handphone nya berbunyi. Hati aku tiba2 berdetup kencang dan kesedihan mula merebak dalam hati aku. Tak sangka Lia menanggung kesakitan seorang diri sedangkan aku selalu sibuk dengan kerja tanpa bertanya kesihatannya.
' Am, Lia dimasukkan ke wad kecemasan sekali lagi, dia pengsan sekali lagi. Tujuan saya kesini adalah untuk memberitahu awak perkara sebenarnya, kenapa Lia berubah dan kenapa dia jauh dari awak. Dan sebenarnya Lia nak jumpa awak kali terakhir. Ini untuk awak, dan saya pun tak banyak masa sebab nak pergi balik dah, dan saya berharap sangat Am dapat menunaikan hajat Lia, assalamualaikum'. lelaki itu pergi dan meninggalkan kotak kepada aku.
Tanpa berfikir lagi aku terus ke hospital dimana Lia ditempatkan walaupun jauh dari bandar aku. Aku sempat memberitahu kepada bos aku yang aku tidak dapat menghadiri majlis makan malam bersama mereka. Walaupun jawapan aku mengecewakan dia, tapi dia mungkin faham dan sempat mengingatkan aku esok petang ada mesyuarat bersama Ahli Tertinggi.
Aku cuba memandu secepat mungkin kerana dari riak muka lelaki tadi mungkin Lia dalam keadan kritikal. Pelbagai bayangan dan perasaan aku alami dan bayangkan. Jam menunjukkan pukul 5.40 petang. Mungkin aku sampai waktu malam. Sempat juga aku memberitahu ayah aku tentang aku tak balik rumah malam ni.
Setibanya aku di hospital tersebut aku terus masuk untuk mendapatkan Lia. Ternyata aku sudah terlambat. Sebujur tubuh diiringi ibu dan ayah Lia. Mereka agak tenang walaupun kelopak mata jelas berair. Aku pergi mendapatkan mereka dan dengan langkah yang lemah untuk menatap Lia yang sudah tidak bernyawa. Ayah Lia membuka kain menutup muka Lia. Jelas Lia seakan tersenyum kerana dia berjumpa aku. Walaupun diahkhir hayatnya. Nampaknya keluarga Lia lebih tabah dari aku. Aku tak dapat menahan air mataku. Ternampak esakanku ibu Lia turut menurunkan airmata. Ayah Lia menenangkanku.
' Pakcik minta maaf nak, kami buat semua kerana Lia. Dan terimakasih kerana banyak mengubah Lia menjadi seorang anak wanita yang dibanggai oleh kami. Kami terpaksa berbohong kerana Lia tak ingin lihat kamu menderita. Kami pun tak sangka waktu Lia begitu singkat'..
Aku ikut serta dalam solat jenazah Lia dan mengiringinya ke tanah pengebumian. Aku sedaya upaya tabah di hadapan perkuburan Lia. Selesai semuanya aku sempat berkata kepada Lia..
' Lia awak lah yang pertama untuk Am, terima kasih Lia, terima kasih kerana hadir untuk temankan Am walaupun seketika, semoga Lia ditempatkan dengan orang beriman.'
Aku meminta diri dengan keluarga Lia untuk balik. Setibanya aku di rumah aku teringat kotak diberi lelaki tadi..dan ada satu surat diatasnya.
" Assalamualaikum, AM
Lia harap Am dapat menerima surat ini, dan jika Am membaca surat ini, mungkin Lia dah selamat dikebumikan. Am terimakasih kerana Am hadir dalam hidup Lia, Am ajar Lia dengan kehidupan sebenar. Am ajar Lia tentang agama. Dan Am jadikan Lia menjadi anak yang dibanggai oleh ibubapa Lia. Am, sebenarnya Lia dah lama hidapi penyakit ini, Lia takut Am dan family Lia risau. Jadi Lia cuma bercerita dengan saudara Lia. Dia lah antara yang paling rapat dengan Lia. Dari kecil hingga dewasa. Dan dia juga sanggup menjadi suami palsu Lia. hehe. Baikkan dia, macam Am juga. Am walaupun hasrat Lia ingin jadi wanita bergelar Isteri untuk Am tak tercapai, tapi Lia bangga kerana menjadi wanita yang dibanggai oleh ibubapa. Ini kerana usaha Am yang selalu membebel kepada Lia. Am Lia sekali lagi meminta maaf kerana Lia terpaksa membohongi AM tentang perkahwinan palsu Lia. Lia nak Am benci Lia walaupun Lia sangat menyanyangi Am. Lia tak mahu Am terus berharap kat Lia sbb Lia tahu Lia tak akan dapat bersama disamping Am dan membahagiakan Am.
Am terima kasih atas segalanya. "
Aku membuka kotak terdapat patung yang memegang perkataan 'IM SORRY'.. dibawahnya terdapat kenangang2 aku dengan Lia. Gambar2 kami berdua dari mula perkenalan hingga ke akhirnya. Disertakan juga kad2 ucapan aku sempena harijadinya dan kad hari rayanya. Aku mampu tersenyum dan bertuah kerana kenal dengan seorang wanita yang tabah. Disebalik senyuman itu aliran deras dipipiku.
' SEMOGA LIA BERBAHAGIA DIALAM SANA, DAN DITEMPATKAN DIANTARA ORANG2 YANG BERIMAN'
habis......
p/s sori ending tak ok sangat..:)..semoga enjoy dan bergembira