Monday, November 14, 2011

Kisah Remaja Dengan Tok Imam

   Assalamualaikum... lama sudah tidak update blog ini... tp malam ini berkesempatan berada dirumah smbil menunggu isyak.. ikutilah kisah dibawah... semoga dapat melahirkan perubahan dalam diri sy sendiri dan teman serta sahabat sekalian..

   Seperti biasa waktu petang adalah waktu bermakna bagi segolongan remaja. Aktiviti paling disukai adalah LEPAK. Kebanyakan remaja kampung lepak dipondok2 atau tepi jalan, tidak ketinggalan remaja kampung Dusun Parit. Seperti biasa dari jam4 petang sudah beberapa mereka sudah berkumpul, antaranya Atan, Shah, Amir dan Puad.
   Seperti biasa mereka bertukar2 cerita. Ada juga melahirkan idea2 untuk memberi lebih keseronokan dalam diri mereka. Kadang2 akibat keseronokan ini membawa remaja2 lupa akan waktu akhir malam, malah balik dalam jam1 pagi. Namun dalam keseronokan itu, mereka akan berpecah dalam waktu2 tertentu. Terutamanya berdekatan waktu Maghrib. Ini kerana ingin bersembunyi dari Tok Imam di surau mereka. Jika tidak sudah tentu diajak pergi ke surau dan mendengar ceramah.
    Seperti hari2 lain, kumpulan remaja ini mula lepak. Namun hari itu sedikit mendung dan hujan akan turun bila2 masa. Tapi bagi mereka keadaan itu memang biasa. Sedang asyik2 bercerita, mereka telah disapa dengan suara org paling dikenali.
    "Assalamualaikum"..suara Tok Imam memecah kerancakan mereka bersembang. Terkejut seorang demi seorang kereana Tok Imam awal melintasi mereka. Belum sempat beredar seperti biasa, mereka terpaksalah mendengar ceramah.
    "Waalaikummusalam Tok", jawab mereka lemah. Mereka menyalahkan sorang2 kerana tidak perasan Tok Imam datang.
     "Waktu2 macam ni x balik lagi ka, hujan akan turun sekejap lagi", mereka cuma mengangguk dan mencari idea utk beredar..
     "Ada 30minit lagi ni utk solat maghrib, baik kita pergi surau," Tok Imam menambah lagi.
     "Errmmm, Tok, tadi mak suruh saya pergi kedai, tapi singgah kejap sini, saya balik dulu ya Tok", Shah cuba mengelak dan beredar dari situ.
      "Sebelum tu baik pergi surau dulu, tunaikan kewajiban Maghrib ni"."Kita berjemaah, lepas tu awak boleh beli barang", Tok Imam sedayanya untuk mengajak golongan remaja ini pergi ke surau.
      "Tok, lepas beli barang saya boleh solat dirumah", sampuk Shah.
      "Lebih afdal solat berjemaah".."Dalam solat berjemaah, pahalanya lebih besar dari solat secara berseorangan, malah dapat mengurangkan gangguan syaitan", Tok Imam mula memberi ilmu dan cuba meyakinkan golongan ini.
      "Baiklah, Tok nak tanya kamu semua satu soalan", Tok Imam ingin menguji remaja berkenaan.
       "Apadia Tok", cepat jawapan keluar dari mulut Atan dan Shah yang memang giat mencari idea untuk beredar dari situ.
       "Jika korang orang atasan ataupun bos dalam sebuah syarikat, sudah tentu korang ingin lihat pekerja2 korang mematuhi segala arahan dan peraturan dalam syarikat bukan?" Tok Imam cuba menguji remaja ini.. "Ok Atan, jika kamu bos, apa kamu buat jikalau pekerja kamu melanggar undang2 atau peraturan ditempat kerja?"
       "Saya akan buang dia Tok, saya ingin org yang betul2 menjalankan kewajiban sebagai seorang pekerja", jawab Atan bersemangat.
       "Bagus, kamu pulak Mir", Tok Imam mengalih soalan kepada Amir.
      "saya pun akan buat seperti Atan Tok, sbb sy nak semua pekerja mematuhi peraturan dan dapat memajukan syarikat saya".
       "Oh begitu, saya rasa semua ikut jawapan Amir dan Atan bukan", soal Tok Imam kepada yang lain, dan mereka mengangguk tanda setuju.
       "Baiklah, anak2 sekalian, sebenarnya manusia dan jin diciptakan adalah untuk beribadat, setiap perkara yang dilakukan kerana Allah itu dikira ibadat", berhenti seketika.. "Sama juga dengan situasi kita mempunyai syarikat, Allah telah mensyariatkan kepada kita tentang larangan dan suruhanNya, sama seperti peraturan2 tertentu yang wajib kita patuhi. Jika kita langgar peraturan semestinya hukuman diberi, bukan?"tambah Tok Imam, mereka kelihatan berminat mendengarnya dan diam sambil merenung Tok Imam...
       "Allah telah memberi semua balasan kepada makhlukNya, samaada kebaikan dan kejahilan semua mendapat balasan...kita seperti pekerja, menjalankan kewajiban seperti yang tertakhluk kepada peraturan dan syaratnya..jika kita melanggar etika2 kerja, bermakna kita bukan pekerja yang baik dan jujur, dan kita juga bersalah keranan melanggari peraturan seperti yang dijanjikan"..
       "Seperti janji2 kita dengan Allah, cuba fikir perasaan kita selaku bos mesti marah bukan apabila pekerja kita melanggar peraturan..bayangkan Allah, Pencipta kita, malah kita angkuh dan melanggar apa yang Dia kehendaki dan melakukan apa yang Dia larangi"..kelihatan air muka mereka sedikit berubah, seakan mahu menangis dan ada yang dah mengesat air mata..
        "Syurga dijanjikan Allah kepada orang yang bertakwa dan beriman serta mengikuti segala perintahNya, dan Neraka pula menanti kepada yang melanggar perintahNya"..sambil melihat jam ditangannya, Tok Imam menyedari waktu Maghrib semakin hampir.
        "marilah kita menunaikan solat dahulu, nanti selepas maghrib kita sambung"..Tok Imam melangkah ke surau sambil diikuti remaja terbabit..

(banyak lagi blh diperbaiki dari penulisan ini, huhuhuhu, tapi saya berharap mesej dan pengajaran yang disampaikan akan diterapkan sebaiknya..InnsyaAllah...)

No comments:

Post a Comment