Satu perkongsian ilmu dan pengalaman. Secara ikhlas dikongsi dengan satu pengharapan diterima umum dan menjadi penggerak untuk perubahan. Insya Allah dengan keihklasan dalam proses perubahan dan menyesali perbuatan dulu, Allah akan sentiasa membantu kerana Allah sentiasa disisi kita.. Semoga kita semua sentiasa menyedari kesilapan kita dan berubah dan semoga Allah menerima taubat kita Amin ya Rabbal Alamin
Monday, June 6, 2011
Andainya Aku Pergi Esok
Ya Allah,
Andainya aku mati esok,
Adakah aku mati dalam keadaan beriman?
Atau aku mati dalam keadaan orang2 yang rugi?
Atau aku mati dalam keadaan orang2 yang sesat?
Atau pun aku mati dalam keadaan orang2 kafir?
Ya Allah,
Andainya aku mati esok,
Sempatkah aku mengucap 2 kalimah syahadat?
Sempatkah aku mengucap kalimah LAILAHAILLALLAH?
Mampukah aku menyebut kalimah2 syahadat?
Mampukah aku mengakui Engkau ya Allah sebagai Tuhanku?
Ya Allah,
Andainya aku mati esok,
Apakah yang menanti aku dialam kubur?
Adakah upacara pengebumianku berjalan lancar?
Adakah aku diseksa kerana kelalaianku dalam duniawi?
Ataupun aku layak mendapat keselesaan hidup dialam kubur?
Ya Allah,
Andainya aku mati esok,
Apakah taubat2ku diterima?
Adakah amalan2ku sempurna?
Adakah segala kewajiban ku terlaksana.
Ya Allah Ya Tuhanku,
Sesungguhnya aku seorang insan yang kerdil,
Sering melakukan kesilapan,
Namun aku memohon Ya Allah,
Hindarilah aku dari tersesat Ya Allah,
Kuatkan imanku ini Ya Allah,
Teguhkanlah hatiku ini Ya Allah,
Berikanlah aku taufik dan hidayah mu Ya Allah,
Kerana andai aku mati esok,
Aku telah bersedia untuk akhiratMu Ya Allah..
Kerana aku mencintai Akhiratmu,
Aku mohon jauhilah kelalaian duniawi yang fana ini..
Amin Ya Rabbal Alamin....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment