Seringkali kita merungut apabila kita sakit, terutamanya demam dan penyakit2 lain. Sebenarnya banyak benda kita lupa semasa kita sakit dan perkara itu sememangnya sangat berharga.
Sebelum itu, semasa kita sihat apa yang kita lalui selama sehari menjalani kehidupan? Fikir sejenak, solat dah ditunaikan? Al-Quran ada tak pegang atau baca? Yang lebih penting, adakah kita sentiasa mengingati Allah SWT semasa melakukan sesuatu, tugasan atau kehidupan seharian. Ok cuba kita menyelami semasa kita sakit.
Apabila kita sakit, perkara pertama terlintas difikiran adalah untuk sembuh. Tapi apa yang dilakukan untuk sembuh? Makan ubat, ya itu yang semestinya. Tetapi kita selalu lupa bukan, setiap kali kita sakit kita mesti teringat akan Allah. Kerana kita berdoa kepadaNya. "Ya Allah, Engkau sembuhkan la penyakit aku ini Ya Allah".
Doa selalu datang bila kita sakit. Kerana kita percaya Allah akan memakbulkan doa kita. Seterusnya sakit yang kita alami berkurangan. Namun kita sebenarnya tidak tahu apa kelebihan semasa sakit. Kita sakit sebenarnya salah satu cara Allah untuk mengingatkan hamba2Nya akan Kebesaran Allah. Allah mahu kita sentiasa mengingatiNya, kerana Dia sayang akn kita.
Kesakitan yang kita alami adalah 1 peringatan supaya kita tidak jauh dari suruhanNya. MengingatiNya. Yakin akan Nya. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Pemurah. Sedarlah bahawa setiap kali kita sakit atau ditimpa masalah jangan lah kita bersungut kerana itu 1 hikmah dan 1 peringatan Allah terhadap kita yang menunjukkan Dia sayang akan kita..
Berterima Kasih la kepada Allah. Kerana sakit salah 1 dari pengampunan dosa kita didunia ini..WallahuAlam..
Fikir2 kan lah