Saturday, December 10, 2011

"KELUAR 1"

  Apalah nasib badan. Entahlah, bak kata orang yang telah terjadi biarkan terjadi. Sekarang aku berdiri sebagai diri aku sendiri. Bukan sapa2, dan tiada apa yang boleh mengubah diri aku selain aku. Hari demi hari aku lalui dengan banyak perbezaan dari sebelumnya. Sempit, perit, payah dan sukar untuk aku menerima. Sering juga terfikir, apa yang bakal terjadi dihadapan aku kelak. Menemui ajal? Menemui jodoh? Atau menemui Hikmah sebalik situasi aku lalui hari ini.
   "Oi brader, jauh termenung?" sapa Shah menegejutkan aku.
   "Ni mesti teringat dengan awek baru kan kan?" Amir menyakat.
   "Aku tunggu disini dari semalam dah, korang baru sampai, nasib baik aku x tido. Ni pun nak terlelap. Ape punya kawan" aku mmg termenung. Banyak perkara yang aku pikirkan sejak 2 menjak ini. Entah la. Mungkin silap atas diri aku juga.
    "Tadi kami tengah cari buku Tan, aku x nak la perubahan aku ni akan jadi sia-sia. Betul kata Tok Imam semalam. Berubah bukan tempat utk menunjuk kita baik, tapi berubah utk berdakwah kepada kwn-kwn kita supaya kita berubah" panjang ulasan Amir. Aku tersenyum bangun dari pondok.
     "Jom, pegi surau dulu, dekat nak Asar dah ni",Puad mula bersuara yang tadinya tersenyum dan gelak je melihat Amir dan Shah mengejutkan aku.
     "Jom la", rngkas jawab ku. Shah dan Amir pun menyusul sambil membelek2 buku yang baru dibeli mereka tadi.
      Tepat waktu disurau, azan baru dilaungkan. Kami bergegas mengambil whuduk.
      "Khusyuk dalam mengambil whuduk, dpt membawa kekhusyukan dalam solat. Whuduk yang tidak sempurna boleh mencacatkan solat. Whuduk penting dan mesti dijaga. Kesempurnaan whuduk menjamin solat yang sah". Kata2 Tok Imam sentiasa terngiang2 di telingaku. Setiap anggota wajib aku sapu dan alirkan air sehingga membasahi seluruh anggota.
      Selesai solat asar, bersalaman, kami duduk sebentar sambil menunggu Tok Imam berbincang dengan seorang ustaz Ikram. Tok Imam ingin menyatakan sesuatu kepada kami. Sekali aku termenung, sesuatu menyerang fikiran aku. Seperti sesuatu yang masih belum aku uruskan atau ada seseorang yang mendendami aku.
      "Anak-anak, lama tunggu?". Suara Tok Imam memecahkan suasana.
      " Tak juga Tok", jawab kami serentak
      " Macam ni, kami berbincang untuk 'KELUAR' utk tempoh 3 hari",
       3 hari??aku tertanya dalam hari aku, Tok Imam hendak kemana? Aku tengok Amir, dia mengangkat bahu, kawan2 yang lain pun seperti kehairanan.
      "Mesti  korang terpinga2 tentang perkataan 'KELUAR' kan?, KELUAR bermaksud kita pergi berdakwah. Kita digalakkan berdakwah sekurang-kurangnya 3 hari. Kalau x dpt pun sekurangnya 1 hari juga memadai"
       "Ooooo, macam mana 2 tok", Shah cuba mendapat kepastian.
      " Macam ni, kita keluar seeloknya 5-6 orang, pergi ke suatu kawasan, terutamanya surau yang kurang org mengunjunginya. Jadi kita mengajak orang kampung mengunjungi dan mengimarahkan lagi surau. Mengajak supaya mengerjakan solat berjemaah."
       "Yang macam orang pergi rumah ke rumah 2 kan tok? Bulan lepas ada orang pakistan dengan Ustaz Ikram dtg rumah, tapi ayah je jmpa mereka. hehehe". puad ingin kepastian.
        " Macam 2 la. Jadi tok nak ajak anak2 semua ni ikut, kalau nak la, tok nak semuanya ikut", Tok Imam mengajak kami, aku sememangnya ingin mengikuti. Aku memandang kepada kawan2 lain, semua menunjukkan minat.
       "Tapi Tok, malu la pergi rumah ke rumah org lain tok" Shah pula menyatakan perasaannya.
       " Nak tahu hikamh dan ganjaran org berdakwah. Membiarkan perasaan malu demi menyebarkan agama Allah, di hari penghitungan kelak, Allah juga akan malu untuk menghisab kita, Wallahualam".
         " Banyak yang kita akan pelajari, kalau anak2 semua mahu ikut esok kita berangkat ke kampung Pasir Hitam, kampung hujung 2.." ringkas jelas Tok Imam memberi kami semangat untuk mengikuti. Tapi aku x lama lagi akan mendaftar disebuah unversiti bulan hadapan. Perasan aku berbelah bagi. Aku takut yang perangai lama aku berulang..

     Bersambung....(Idea kurang, kesihatan x berapa baik)