Wednesday, June 22, 2011

Dia..Jangan lah kau bersedih...(Fatin Haziqah)

 Dia, sapakah...yang aku tahu dia seorang kwn n sepupu(jauh skt kot)..hubungan aku rapat dengan dia semasa kami lepak2 juga dalam fb..masa 2 cam besa2 je..kejap bergurau senda kejap x..bz dengan keja..^^
 Ramadhan menjelang 2010(kisah hitam dlam waktu ni xnk babitkan) slalu gak aku ngan dia chat...cita..n hmpr hjg ramdhan dia mnta tlg..hntr g rmh dia..sbb dia bru blik kg..dah prepare pun smua utk hntr dia..tp dia dah diambik abg ipar dia.(seingat aku la)..
 Raya pertama, sperti besa raya di matu bersama kwn2 lain, antaranya suzee, yong, izul, pijah(bei udei tedah teu)..tp raya thn ni mmg x best kt matu..smua org cam muddy n x de lyn kwn je..
 Raya ketiga, g kg dia..hehe..plan awal hari raya kedua pas g kubur..tp ada problem plak..aduhai..kwn2 g ngan family msing..aku pun sama sbb aku g beraya kt rmah kazen2...ok, rmh 1st dilanggar ialah amoi..hehe..
  Dirumah amoi, mnta tlg dia tnjkkan rmh dia ni...lama ga drmh amoi..trus kmi pun kuar jln kaki g rmh dia..dia time 2 mgkn baru mekat tudui la 2 kot..(kak marah eh)..tp stil gak lyn kami smua..haha..
  Tp org raya makan kuih kan, g rmh sepupu dia mkn buah pedada, aku x mkn, kekeke,,mkn kuih raya je,,org beraya kan...
  Start ari 2 la aku n dia mkn rapat..lg2 tau yg dia ada skt bau2 bacang..slalu bergurau dlm fb..kadang dia pangil aku daling,wahhh seronoknya(laei budei)..plg mnja pla cimeng..hahaha..
   Nak tau sapa dia, ehem2, dia la Fatin Haziqah(bkn nama sbnr,nama anaken en)pndai2 un...hehehe..uit tini, kak la majuk2,sedih2 k cimeng2...hehehe..nbei diak laei a...mnta maaf andai ada silap dan salah eh...hehehe..sudah...TAMAT...

Hidup Sebagai Seorang dari Kawan

 Aku, macam besa la, ada x da je yang berlaku..apa pun masalah, aku diam je, sbb kalau aku bsg pun x da yg dpt bantu hlangkan maslah..bukan..
 Aku dalam laman sosial yg popular (facebook ataupun pelat org timan pesebuk)..dlu aku wat facebook pun suka2 je, kadang2 je buka..lau boring buka la, tp main game je keja..dlu org slalu berkomen2 n org aku kacau antaranya loren,pijah,,eerrmmm sai gei eh(campur dah bhsa..1MALAYSIA!!) byk gak la..hhhaaaa lupa plak ngan bb n mela serta ame..smua ppuan je..
  Time 2 aku x pernah pun lepak2 ngan kwn smbl mkn2..klu ada pun dlu annuar n merul yg blanja..kisah kwn aku x smpai situ. dlm facebook ni terjumpa la kwn2 sperti efa,lyn dan OMG saiful akim..kekekeke..x kurang juga pertemuan dengan kazen2 aku antaranya syazuan a.k.a juwek..
  Dlu time skolah mmg kenal efa, tp x brani tegur sbb kwn sy ckp 'Hisyam nama en fa' dia garang skt..tkt gak nak tegur, sbb time skolah dlu aku ska sakat org..keke..lyn pun aku kenal, slalu je mlntas kelas dia..besanya aku suka mengacau merul sama geng2 dia dlm kelas..hahaha
  Walaupun cam 2, pelajaran aku tetap jaga..top1 dlm kelas..smua smester aku pegang no1..(meged)..
   Nak jadikan kesah, aku beranikan diri meng'add effa saiw..baih yen menegur en..last2 jadi mmber kamceng la kawak..teu jalak rahsia diberitahu, a first majer akeu 'tag' adalah effa..hahaha..pekarih awel2 suab mmwen, tedah yen baruk mkeng fb..kalik la kawak..
   pada masa 2 aku mmg rapat ngan bb n mela, sbb stiap lau rayak, mereka bei meilek udung..paling x lupa time mereka kenakan aku..huh..smpai2 bila akeu inget bb...idea neu yen..
   baih yen kenal la prfile lyn, dgen naseng 'g kenal un g amaheu teu' lalu akeu add hehehe...borak2 dlm wall sepul n effa mulanya..pas 2 tiba2 dia tnya..cam na nak tag org..cam aku tanya ngan effa..
  jadi dia pun pndai dlm masa sehari..dah start la c lyn main tag2 org..seronok beno..yg slalu jd mngsa dia ms 2, mmg fb sal..kekeke
  jd sal n lyn mnjadi ank murid keu (ngakuk un) dgen me'tag2' apah a teu..hehehe..lalu lah tapak ajau leu yen suka tag2..padahel sblm taau me'tag' a sma lah bak nageh nyabek ajer...hahaha..
  hahahaha...utk kwn2 thank a lot..hepi owez gem cita budei keu teu..hahaha...nbei idea bak subet karangan kek...apa???sukati aku la nak guna bahasa apa..apa ko kisah..<<----lasuk sien(trademark leu sepul un tegi bei aneik panah...hahahaha)..
K chau lu..Azan dan bunyi...hehehe

Wednesday, June 15, 2011

Adakah Kita Sedar?

  SEDAR x kita bahawa kita menduduki Malaysia, didalam garisan khatulistiwa. Kita sebagai bumi Malaysia jarang berlaku bencana terutama letusan gunung berapi,gempa bumi malah ribut taufan yang dahsyat. Pernah x kita terfikir, kenapa kita seakan dilindungi??
  Mari kita ungkap kembali kata Nabi Muhammad SAW 'akan ada (wujud) 1 bumi yang aman menegakkan Islam semasa kekacauan didunia'(inysaAllah hampir maksudnya). Ini menjelaskan bahawa akan ada 1 kaum dari sebuah negara yang aman kelak akan menjadi penaung Islam disaat umat2 Islam semakin hanyut serta hilang panduan.
  Kita lihat bencana2 melanda (salah 1 petanda besar kiamat menjelma),itu bukan bencana semata2, tapi itu adalah petanda bahawa kita semakin dihampiri KIAMAT. 
  Dapat dilihat sekarang sosial semakin menjadi, seks bebas, minum arak, berjudi, bertilik nasib dan banyak lagi kemungkaran berlaku. Di saat panduan Islam tenggelam. 
   Tapi pernahkah kita terbayang betapa besarnya azab akan kita tanggung ketika hari penghitungan??AllahuAlam..kita sbagai manusia, seringkali leka tentang suruhanNya..
  Malaysia antara negara yang aman didunia, sanggupkah kita lihat keamanan itu ditarik balik??Sanggupkah kita hadapi bencana2 besar seperti dinegara2 lain??Kawan2 sahabat2, kita belum terlambat berrubah dan bertaubat..mari lah kita sama2 menjaga keimanan kita serta keamanan negara kita..
  Semoga kita semua diberi hidayah dan diletakkan dijalan yang benar dan lurus..Amin Ya Rabbal Alamin

Cerita Kehidupan

  Bermula dari perut ibu, pernah kita terfikir kenapa kita yang membesar disana??Genap 9 bulan, kita selamat dilahirkan, pernah juga terfikir kenapa kita boleh hidup utk menghirup udara diluar kandungan ibu.Keajaiban??
  Perjalanan kita dari kecil bergelar bayi, dibelai dan dimanja.Pernahkah kita meninjau perjalanan ibubapa kita??,suka duka mereka??Tidak bukan, kerana waktu kita x mampu berfikir, malah kegiatan digemari tido n minum susu..
 Setelah berusia 2-3 taun, khususnya kita mula belajar berjalan.Itu permulaan langkah kita bergelar manusia.Tp kita masih belum mampu berfikir, apakah yang berada didepan kita, bahaya atau sebaliknya.Yang kita tahu cuma melangkah dan melangkah walaupun didepan adalah bahaya.
 Tinggalkan zaman budak2, kini kita berusia 6 tahun,kita mula mengenal ABC dan 123 dialam tadika.Pernah merasa bukan.Kita dididik awal sblm ke alam persekolahan sebenar.
  Dalam usia 7-12 tahun itulah peristiwa kita yang blh dikatakan menarik.Perjalanan hidup bukan ditanggung 100% oleh diri kita, tapi ibubapa kita.Memang seronok bukan.
  Di alam sekolah menengah, pernah kita terfikir berapa kos persekolahan kita pada masa itu. Tp kita x endah kerana kawan2 dan keseronokan bertambah kerana usia kita masa itu adalah remaja..
  Remaja kini jauh ditinggalkan,skrang zaman bekerja dan berdikari.Zaman yang mgkin membosankan dan memenatkan.Baru tau bukan sakit mencari nafkah dan rezeki.
  Umur dah cukup,kebanyakan usia kita dah ada teman hati, jadi perkahwinan menanti.Indah berkahwin, kerana itu hubungan halal dan sah.Setahun berkahwin, mgkn benih sudah berputik dirahim siisteri.Kegembiraan terpancar.Ungkap kembali peristiwa kita dirahim ibu.Sama bukan, itu lah perasan ibubapa kita.
  Orang pertama dalam keluarga sudah hadir,kegembiran penuh kesyukuran diungkapkan.Nama diberi,kasih syg, keperluan smua lengkap.Tapi, itu baru permulaan.Akan menanti 1 cabaran besar.
  Anak semakin banyak kos pun bertambah, kita sering kepenatan mencari rezeki.Bahkan kita skali skala bertengkar dengan suami isteri tentang nafkah.X kurang yg terlepas ucapan lafaz cerai.
 Kita renung kembali, zman ibu bapa kita, kenapa kita masih merasa kegembiraan dengan mereka??kenapa kita x susah sperti skrg.Tp kita abaikan ibubapa yang membesar dan mndidik kita..

Itu sajalah perkongsian aku..sbb x da idea...hehehe..aduhai..

Monday, June 6, 2011

Andainya Aku Pergi Esok



Ya Allah,
Andainya aku mati esok,
Adakah aku mati dalam keadaan beriman?
Atau aku mati dalam keadaan orang2 yang rugi?
Atau aku mati dalam keadaan orang2 yang sesat?
Atau pun aku mati dalam keadaan orang2 kafir?


Ya Allah,
Andainya aku mati esok,
Sempatkah aku mengucap 2 kalimah syahadat?
Sempatkah aku mengucap kalimah LAILAHAILLALLAH?
Mampukah aku menyebut kalimah2 syahadat?
Mampukah aku mengakui Engkau ya Allah sebagai Tuhanku?


Ya Allah,
Andainya aku mati esok,
Apakah yang menanti aku dialam kubur?
Adakah upacara pengebumianku berjalan lancar?
Adakah aku diseksa kerana kelalaianku dalam duniawi?
Ataupun aku layak mendapat keselesaan hidup dialam kubur?


Ya Allah,
Andainya aku mati esok,
Apakah taubat2ku diterima?
Adakah amalan2ku sempurna?
Adakah segala kewajiban ku terlaksana.


Ya Allah Ya Tuhanku,
Sesungguhnya aku seorang insan yang kerdil,
Sering melakukan kesilapan,
Namun aku memohon Ya Allah,
Hindarilah aku dari tersesat Ya Allah,
Kuatkan imanku ini Ya Allah,
Teguhkanlah hatiku ini Ya Allah,
Berikanlah aku taufik dan hidayah mu Ya Allah,
Kerana andai aku mati esok,
Aku telah bersedia untuk akhiratMu Ya Allah..
Kerana aku mencintai Akhiratmu,
Aku mohon jauhilah kelalaian duniawi yang fana ini..
Amin Ya Rabbal Alamin....

Wednesday, June 1, 2011

Menanti Di Alam Barzahk

Hayati lah lagu ini kerana maksudnya sungguh mendalam dan mmberi kesedaran tentang hari kematian. Sesungguhnya kita semua akan merasai hari kematian. Sentiasa mengingati Hari Kematian penting dalam proses mendekatkan diri kepada Allah. Bila kita ingat akan kematian kita lihat akan dosa2 yang kita lakukan..adakah sempat utk kita bertaubat??
 Jadi ingatlah 1 perkara, beribadatlah kita seolah2 kita akan mati pada esok hari, dan bekerjalah kita seumpama kita akn hidup seribu tahun lagi.. Dalam hal ini, kita bertaubat, berdoa dan menyesali perbuatan dulu seolah2 kita akan pergi utk selamanya dari dunia ini pada masa terdekat..
 Kita bekerja, dalam bekerja jangan lupa akan Allah.. Orang yang malas mencari rezeki hukumnya adalah HARAM. Jadi kita bkerja mencari rezeki seolah2 kita akan hidup seribu tahun lagi namun jangan lupa akan suruhanNya..
 Insya Allah kita akan diberkati Allah dalam keikhlasan utk melakukan kegiatan seharian...Amin Ya Rabbal Alamin...