Dugaan Ku
Hari ini aku bercuti. Lama sudah tidak bercuti. Ini pun gara2 demam panas, doktor bagi cuti 3 hari untuk aku berehat. Tak pa la, sakit itu cara Allah nak hapuskan dosa2 kecil kita. Sambil termenung aku teringat dengan seseorang yang rapat dan lebih difahami teman wanita aku.
'Assalamualaikum Am'
'Wasalam', ringkas jawabku dalam panggilan telepon.
'Macam mana dengan demam Am?, dah jumpa doktor?
'Sudah, huhuhu. Doktor bagi 3 hari cuti ni. Panas tinggi, ptt la x da tenaga je nak keja'
'Rehat la k, eerrmmm Am, sbnrnya Lia ada sesuatu nak bagitahu Am, tapi memandangkan Am x sihat, esok je Lia beritahu k. Rehat tau, jangan waktu cuti nak tengok tv je 24 jam', nasihat Lia. Nama sebenar dia Nur Aliayana. Dah 4 tahun kami 'couple'. Tapi sejak 2 menjak ini dia semakin berbeza dan aku terasa semakin dia menjauhkan dari aku. Aku tak mengendah sangat pasal tu, mungkin perasaan saja kot.
'Nak ckp apa Lia?' aku ingin kepastian.
'X pa, esok je Lia beritahu k. Selamat malam Am, assalamualaikum', Lia terus memutuskan talian, sebelum ni dia tunggu aku putuskan talian. Dalam beberapa minggu kebelakangan ni Lia macam tergesa2 mematikan talian.
Aku malas nak pikir panjang, kalau fikir negatif memang jadinya negatif. Aku mengelamun seketika, mengingat kembali saat aku bertemu dengan Lia. Pertama kali kami berjumpa semasa kami belajar di UiTM dahulu. Kami semakin rapat kerana banyak kerja dilakukan secara berkumpulan, lebih2 lagi ada juga ahli kumpulan kami cuma ambil kesempatan. Aku dan Lia la yang bertungkus lumus menyiapkan segala assigment secara berkumpulan. Dari itulah kami semakin rapat, dan ditahun akhir pengajian. Kami meluahkan rasa masing2. Aku lebih bertuah kerana dapat je ijazah, terus aku diterima di sebuah syarikat. Aku berkerja sebagai design laman web n aku gak yang keja sebagai membaik pulih komputer syarikat. Jadi aku dibayar double gaji la.
Berbalik kepada kisah aku dan Lia, kami merancang untuk mengikat hubungan akhir tahun ini. Tapi semakin dekat dengan tarikh perancangan Lia seakan2 mengelak daripada perbincangan topik ini. Dia selalu memberi alasan, 'lagi lama la Am'. Aku tersenyum sendirian ketika mengingat kisah kami selepas konvo. Aku melamar dia dengan cincin rumput. Itulah antara kenangan yang selalu terlintas dalam hayalan aku. Ubat doktor bagi ni mmg kuat la effect, terasa susah untuk bangun dari sofa. Dalam asyik melayan fikiran, akhirnya aku terlelap.
Kkkrriiiiiiiinnggggggggggggg!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!telepon rumah aku berbunyi, pukul 5 pagi..aku tergesa dalam keadaan kepala sangat berat. Aku segera mengangkat panggilan itu..
'Assalamualaikum, sapa ni?' soalku dalam keadaan separuh sedar.
'Wasalam, sy ni Am, bapa Lia', bapa Lia yang bercakap. Selalunya bapa Lia memang x berapa suka dengan aku.
' Lia ada beritahu Am ke tentang diri Lia?'
' Kenapa dengan Lia pakcik?'
'Am datang la sendiri ke sini'
'Helo, pakcik?? pakcik??..
Tanpa berlengah aku bersiap, hati aku berdebar. Mungkinkah sesuatu yang buruk terjadi dengan Lia. Tanpa memikirkan demam aku, aku terus memandu kereta proton waja aku ke rumah Lia. Jam sudah menunjukkan 5.30, aku menelan panadol 3 biji supaya aku dapat tahan sikit pening kepala. Aku dan Lia berlainan tempat, malah perjalanan ke bandar tempat Lia tinggal mengambil masa 5 jam. Aku terus memecut kereta aku dalam kesunyian pagi, namun aku terlupa sesuatu yang penting. Aku belum solat subuh. Aku mencari surau berdekatan lalu mengerjakan solat. Jam menghampiri 6 pagi. Masih jauh perjalanan, cuaca mendung dan tanda2 hujan turun juga x lama lagi. Seakan akan menghalang untuk aku bertemu dengan Lia. Aku nekadkan aku akan redah segala apa yang ada dihadapan aku.
2 jam perjalanan, aku merempuh hujan lebat disepanjang perjalanan. Sejuk luar sejuk dalam ditambah lagi dengan keadaan aku yang tidak seberapa dengan cuaca sejuk. Aku meneruskan perjalanan. Dalam sejam lebih menempuhi hujan, cuaca semakin pulih dan aku memecut kembali supaya aku sampai cepat di rumah Lia. Alhamdulillah tinggal beberapa kilometer sahaja lagi untuk sampai di rumah Lia. Jam menunjukkan 11.40 pagi. Beberapa minit kemudian, aku memasuki taman perumahan yang didiami oleh Lia. Hari ni cuti, hari sabtu, jalan tidak berapa sesak memudahkan lagi perjalanan aku. Setiba di kawasan rumah Lia, aku tengok ada keramaian. Tapi ada segelintir sudah pulang. Aku memberhentikan kereta aku dan terus mencari Lia.
Diperkarangan rumah, aku dapat melihat suasana meriah kerana ada majlis perkahwinan. Aku menemui bapa Lia sedang sibuk melayan tetamu.
'Assalamualaikum pakcik'.
'Waalaikumussalam, eh Am, bagus la ko datang Am'
'Lia mana pakcik? soalku cemas.
Bapa Am tidak menghiraukan pertanyaanku, senyuman dibibirnya menandakan tiada yang buruk berlaku pada Lia, ' haa ko pegi la dalam, Lia ada duduk didalam'.
Aku bergegas memasuki rumah Lia, setiba didalam rumah, aku sememangnya tidak percaya. Lia duduk bersanding diatas pelamin. Bertapa kuatnya langgaran sehingga meremukkan memecahkan hati aku. Aku hampir terduduk kerana tidak percaya sama sekali. Aku lihat Lia saling berbalas senyuman dengan suaminya yang sah ditepinya. Aku melangkah keluar, air mata aku tahan. Ya Allah, terima kasih ya Allah.
Aku berlari ke arah kereta. Sempat aku melihat senyuman sinis bapa Lia. Mungkin dia puas kerana aku bukan menantu dia. Aku terus memecut kereta aku dan balik ke rumah. Sempat juga aku singgah di masjid bandar itu. Aku memandu perlahan balik kerumah. Kepala ku semakin berat. Aku gagahi kerana dalam 140 kilometer lagi tiba di Mukah bandar ku. Pandangan aku semakin gelap. Aku memberhentikan keretaku di perhentian bas dan menghantar pesanan ringkas kepada Lia. 'Terima kasih Lia :)'. Aku sempat menghubungi kawan serumah aku namun x sempat aku bercakap terasa gelap seluruhnya..
'Ammm, bangun Amm. Amri bangun nak.' Suara ibuku yang samar di telingaku. Aku mmbuka perlahan2 mataku. Kepala aku terasa sangat saki.
'Am, bagus la am dah sedar. Senyuman ibuku meringankan sakit aku. Aku membalas kembali senyuman ibuku..
'Dah seminggu Am x sedarkan diri, Am pergi mana hingga si Jamri cari awk merata bandar. Nasib baik ada kereta peronda polis yang lalu tempat awk. Kalau penjahat macam mana. Polis cakap badan Am panas mereka terus membawa Am ke Hospital.' panjangnya cerita mak aku ni..
'Kereta dan hp sy mana mak?'.
'Benda tu ya awk risaukan Am, nah ni hp awk. Kereta awk Jamri bawa balik rumah dah'..
Aku tengok hp aku, ada 20 missed call dan ada 10 pesanan rngkas. Aku buka terdapat 2 msj dari Lia.
'Am, sorila, selama ini Lia menipu Am. Tapi Lia x sampai hati untuk beritahu Am yang Lia telah mengenali seseorang dan family Lia juga menyukai dia. Lia ingin memberitahu Am, tapi Lia takut. Kami berkenalan dalam 3 minggu dan persetujuan keluarga kami terus mendirikan rumah tangga'
'Am, Lia benar2 menghancurkan harapan Am. Harap Am sabar dan tabah ok?..lepas ni Am jangan ganggu Lia dan family Lia k. Lia x mau suami Lia salah sangka. Terima kasih untuk kasih sayang Am selma ini untuk Lia, anggaplah tiada jodoh diantara kita..'
Air mata aku yang selama ini aku gagahi untuk tidak jatuh, akhirnya kecundang. Aku melepaskan sepuas puasnya. Ibuku kerisauan melihat aku. Dan ibuku memeluk erat aku. Tangisan aku reda dan aku kembali terlelap.. (bersambung :p)