Saturday, May 28, 2011

Fadilat Al-Asma Al-Husna - 1

                                                        1. Ar-Rahman (Maha Pemurah)

 Bersifat Pemurah dengan mengurniakan rahmat dan kemakmuran terhadap semua hamba-Nya di dunia tanpa membeza-bezakan samaada mereka itu Muslim mahupun kafir, yang taat mahupun ingkar. Segala kurniaan-Nya tersimpul sebagai rahmat dan nikmat. Yang paling utama antara rahmat dan nikmat itu ialah iman dan Muslim.


ومَ يَقومُ الرّوحُ وَالمَلٰئِكَةُ صَفًّا ۖ لا يَتَكَلَّمونَ إِلّا مَن أَذِنَ لَهُ الرَّحمٰنُ وَقالَ صَوابًا ﴿٣٨﴾(38) (Tambahan pula) pada masa Jibril dan malaikat-malaikat yang lain berdiri bersaf-saf (menunggu perintah Tuhan), tidak ada yang berani berkata-kata (memohon pertimbangan) melainkan yang telah diizinkan baginya oleh Tuhan Yang Maha Pemurah, serta ia berkata benar.( Surah al-Naba' ayat 38)PenghayatanSifat Allah yang Maha Pemurah mendorong seseorang untuk bersikap mengasihi (bersifat umum)
Fadilat1. Mengamalkan zikir Ya Rahman 100 kali selepas solat fardhu, InsyaAllah akn terhindar daripada sifat lalai dan pelupa. Ia juga menjadikan  seseorang itu  pemurah dan mempunyai daya ingatan yang kuat2. Berzkikir dengannya sebanyak 500 kali selepas solat fardhu, insyaAllah akan menyinarkan hati seseorang serta menghilangkan sifat gugup
Semoga perkongsian saya kali ini diamal dan dipraktiskan setiap solat fardhu. Insya Allah lakukan dengan keihklasan maka ia akan bermanfaat seperti fadilat membaca zikir Ya Rahman.. INSYA-ALLAH..

No comments:

Post a Comment