يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءامَنوا توبوا إِلَى اللَّهِ تَوبَةً نَصوحًا عَسىٰ رَبُّكُم أَن يُكَفِّرَ عَنكُم سَيِّـٔاتِكُم وَيُدخِلَكُم جَنّٰتٍ تَجرى مِن تَحتِهَا الأَنهٰرُ يَومَ لا يُخزِى اللَّهُ النَّبِىَّ وَالَّذينَ ءامَنوا مَعَهُ ۖ نورُهُم يَسعىٰ بَينَ أَيديهِم وَبِأَيمٰنِهِم يَقولونَ رَبَّنا أَتمِم لَنا نورَنا وَاغفِر لَنا ۖ إِنَّكَ عَلىٰ كُلِّ شَيءٍ قَديرٌ﴿٨﴾(8) Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".Antara kisah boleh diambil iktibar:Si Kejam yang Masuk Syurga Said bin Khudri adalah salah seorang sahabat Nab Muhammad SAW. Beliau menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bercerita kepadanya mengenai seorang lelaki yang membunuh 100 orang dengan kejam tetapi akhirnya menjadi penghuni syurga. Lelaki itu telah membunuh mangsanya ke-99. Akhirnya timbul rasa penyesalan dalam hati lelaki tersebut dan merasakan dirinya sangat berdosa. Lalu dia mencari ulama2 untuk bertanya soal agama. Setelah sekian lama mencari, lelaki tersebut berjumpa dengan seorang alim. Dengan penuh harapan, dia bertanya kepada org alim itu, "Tuan, saya tela membunu 99 orang. Bolehkah sy bertaubat?" Orang alim itu terkejut dengan pengakuan lelaki tersebut. "Apa? Kamu sudah mmbunuh 99 orang baru sekarang hendak bertaubat?" Orang alim itu menjawab dengan marah. Mendengar sahaja kemarahan orang alim itu , lelaki tersebut menghunus pedangnya lalu menikam orang alim ituu. Cukup 100 orang yang dibunuh oleh lelaki tersebut. Tetapi dia masih mahu bertaubat. Dia berusaha lagi mencari orang alim yang lain pula. Apabila berjumpa, lelaki itu bertanya "Tuan, saya sudah membunuh 100 org. Bolehkah saya bertaubat?" Orang alim itu menjawap dengan tenang. "Tiada siapa yang mampu menghalang saudara bertaubat. Keluarlah dari kampung dimana saudara tinggal sekaran kerana kampung itu sudah rosak. Pindahlah ke kampung yang masih baik." Mendengar nasihat orang alim itu, lelaki ersebut terus menuju ke kampung yang dimaksudkan. Tetapi dia tidak sempat sampai ke kampung yang dituju, dia meninggal dunia. Malaikat pembawa azab dan malaikat pembawa rahmat berebut kan roh lelaki tersebut. Iblis datang lalu berkata "Aku lebih berhak ke atas roh lelaki ini kerana dia tidak pernah ingkar kepadaku dalam melakukan dosa-dosanya." Malaikat pembawa rahmat menjawab, "Dia sudah bertaubat daripada kesalahnya." Dalam perebutan itu telah berpihak kepada malaikat rahmat kerana jarak semasa lelaki itu meninggal dunia lebih hampir kepada kampung yang baik daripada kampung yang rosak. Dengan itu Allah SWT telah menerima taubatnya."Wallahualam"Melalui kisah itu, sejahat mana pun perbuatan kita, namun keikhlasan dalam bertaubat, Insya Allah taubatnya akn diterima oleh Allah.Firman Allah SWT:إِنَّمَا التَّوبَةُ عَلَى اللَّهِ لِلَّذينَ يَعمَلونَ السّوءَ بِجَهٰلَةٍ ثُمَّ يَتوبونَ مِن قَريبٍ فَأُولٰئِكَ يَتوبُ اللَّهُ عَلَيهِم ۗ وَكانَ اللَّهُ عَليمًا حَكيمًا ﴿١٧﴾(17) Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.Jadi sama2 lah kita menginsafi kesalahan kita lakukan. Sama2 lah kita saling menegur dan menasihati. Jangan ada rasa ego apabila ditegur dengan kesalahan yang telah dilakukan kerana itu adalah benar...Ini dikukuhkan lagi dlm surah Ali IMran : ayat 89إِلَّا الَّذينَ تابوا مِن بَعدِ ذٰلِكَ وَأَصلَحوا فَإِنَّ اللَّهَ غَفورٌ رَحيمٌ ﴿٨٩﴾(89) Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah (ingkar) itu, serta memperbaiki keburukan mereka, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.Semoga kita sentiasa bertaubat dan menyesali kesalahan kita dahulu...amin yarabbal alamin...
No comments:
Post a Comment