Wednesday, June 15, 2011

Cerita Kehidupan

  Bermula dari perut ibu, pernah kita terfikir kenapa kita yang membesar disana??Genap 9 bulan, kita selamat dilahirkan, pernah juga terfikir kenapa kita boleh hidup utk menghirup udara diluar kandungan ibu.Keajaiban??
  Perjalanan kita dari kecil bergelar bayi, dibelai dan dimanja.Pernahkah kita meninjau perjalanan ibubapa kita??,suka duka mereka??Tidak bukan, kerana waktu kita x mampu berfikir, malah kegiatan digemari tido n minum susu..
 Setelah berusia 2-3 taun, khususnya kita mula belajar berjalan.Itu permulaan langkah kita bergelar manusia.Tp kita masih belum mampu berfikir, apakah yang berada didepan kita, bahaya atau sebaliknya.Yang kita tahu cuma melangkah dan melangkah walaupun didepan adalah bahaya.
 Tinggalkan zaman budak2, kini kita berusia 6 tahun,kita mula mengenal ABC dan 123 dialam tadika.Pernah merasa bukan.Kita dididik awal sblm ke alam persekolahan sebenar.
  Dalam usia 7-12 tahun itulah peristiwa kita yang blh dikatakan menarik.Perjalanan hidup bukan ditanggung 100% oleh diri kita, tapi ibubapa kita.Memang seronok bukan.
  Di alam sekolah menengah, pernah kita terfikir berapa kos persekolahan kita pada masa itu. Tp kita x endah kerana kawan2 dan keseronokan bertambah kerana usia kita masa itu adalah remaja..
  Remaja kini jauh ditinggalkan,skrang zaman bekerja dan berdikari.Zaman yang mgkin membosankan dan memenatkan.Baru tau bukan sakit mencari nafkah dan rezeki.
  Umur dah cukup,kebanyakan usia kita dah ada teman hati, jadi perkahwinan menanti.Indah berkahwin, kerana itu hubungan halal dan sah.Setahun berkahwin, mgkn benih sudah berputik dirahim siisteri.Kegembiraan terpancar.Ungkap kembali peristiwa kita dirahim ibu.Sama bukan, itu lah perasan ibubapa kita.
  Orang pertama dalam keluarga sudah hadir,kegembiran penuh kesyukuran diungkapkan.Nama diberi,kasih syg, keperluan smua lengkap.Tapi, itu baru permulaan.Akan menanti 1 cabaran besar.
  Anak semakin banyak kos pun bertambah, kita sering kepenatan mencari rezeki.Bahkan kita skali skala bertengkar dengan suami isteri tentang nafkah.X kurang yg terlepas ucapan lafaz cerai.
 Kita renung kembali, zman ibu bapa kita, kenapa kita masih merasa kegembiraan dengan mereka??kenapa kita x susah sperti skrg.Tp kita abaikan ibubapa yang membesar dan mndidik kita..

Itu sajalah perkongsian aku..sbb x da idea...hehehe..aduhai..

No comments:

Post a Comment