SEDAR x kita bahawa kita menduduki Malaysia, didalam garisan khatulistiwa. Kita sebagai bumi Malaysia jarang berlaku bencana terutama letusan gunung berapi,gempa bumi malah ribut taufan yang dahsyat. Pernah x kita terfikir, kenapa kita seakan dilindungi??
Mari kita ungkap kembali kata Nabi Muhammad SAW 'akan ada (wujud) 1 bumi yang aman menegakkan Islam semasa kekacauan didunia'(inysaAllah hampir maksudnya). Ini menjelaskan bahawa akan ada 1 kaum dari sebuah negara yang aman kelak akan menjadi penaung Islam disaat umat2 Islam semakin hanyut serta hilang panduan.
Kita lihat bencana2 melanda (salah 1 petanda besar kiamat menjelma),itu bukan bencana semata2, tapi itu adalah petanda bahawa kita semakin dihampiri KIAMAT.
Dapat dilihat sekarang sosial semakin menjadi, seks bebas, minum arak, berjudi, bertilik nasib dan banyak lagi kemungkaran berlaku. Di saat panduan Islam tenggelam.
Tapi pernahkah kita terbayang betapa besarnya azab akan kita tanggung ketika hari penghitungan??AllahuAlam..kita sbagai manusia, seringkali leka tentang suruhanNya..
Malaysia antara negara yang aman didunia, sanggupkah kita lihat keamanan itu ditarik balik??Sanggupkah kita hadapi bencana2 besar seperti dinegara2 lain??Kawan2 sahabat2, kita belum terlambat berrubah dan bertaubat..mari lah kita sama2 menjaga keimanan kita serta keamanan negara kita..
Semoga kita semua diberi hidayah dan diletakkan dijalan yang benar dan lurus..Amin Ya Rabbal Alamin
No comments:
Post a Comment